Tajuk tak boleh belah puji masakan sendirik. Tapi serius memang sedap gila blueberry cheese tart resepi yang aku buat ni..haha. Last week kan aku cakap nak buat blueberry cheese tart hujung minggu kan. Ni la hasilnye. Mudah, simple dan sedap!
Bahan-bahan dan cara buat dia memang mudah jek, tapi oleh kerana aku guna acuan tart yang paling kecik cinonet saiz cup kuih raya tu, maka bercinta jugak la aku nak mengentel doh dan isi filling tu dalam acuan satu persatu. Pulak tu acuan cuma ada 6 ketul je. Maka hambik, sekali bakar 6 bji 6 bijik..haha punya la lembab.
Oh ye, lihat la hasil ada yang macam rentung, ada yang suci bersih je warna kan. Cam ni, mak aku suka yang tak garing sangat, cair di mulut kata dia. Aku pulak suka yang rentung skit, rangup di mulut..huhu. So bakar tu kalau nak garing kena la lamakan seminit dua..
So aku recomended la resepi ni kat korang yang nak try. Rasa dia memang best gila, sangat masyuk dengan aku penggila cheese ni. Bahan nak buat senang cari, cara buat pun sangat senang. =)
Resepi Blueberry Cheese Tart
BAHAN UNTUK PASTRI MANIS
200g mentega
100g gula aising
1/2 camca teh esen vanilla <-- eh aku lupa letak! Tapi tetap sedap =)
1 biji telur
420 g tepung gandum
1 camca besar susu tepung <----- aku guna susu anlene mak aku..wakakak =)
CARA BUAT PASTRY
1. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, tak payah kembang.
2. Masukkan telur, putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan susu tepung sikit demi sikit sampai jadi doh.
4. Rehatkan doh 20 minit. Ambil sikit doh tadi pastu tekan dalam acuan.
5. Susun dalam dulang pembakar. Bakar selama 10 minit. <--- aku bakar 5 minit jek sebab sekali bakar 6 bijik saje 6. Keluar dan sejukkan.
BAHAN FILLING
250 g cream cheese
50 g gula aising
20 g mentega <--lembutkan 1/2 sudu besar perahan lemon <-- aku tak letak, tak ade. 1 biji telur
CARA BUAT FILLING
1. Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul rata. Masuk dalam piping beg.
3. Picit cream cheese dalam tat shell
4. Bubuh 1.2 sudu kecil blueberry keatasnya.
5. Bakar selama 10 minit @ sampai filling tadi nampak kering sikit <--- jangan sampai hangus Selamat mencuba
12 comments:
bersepah2 typo ni. ceh.
wei peberet betul ni. ntah brape kali dh salin recipe. ntah bile nk buat. sbb malas nk uli ni sbb tu la. hahaha. kalo aku aku suka yg itam2 tu. sedapnye
eh lupa lak nk tulis ni.
tak kira satu ari nanti aku pasti buat sendiri. huh
wahh.. bila dah menjadik terus puji sendiri.. hahaha.. percubaan yg tak jadi taknak tunjuk? erkk! hehe =P
tahniah.. leh la bukak tempahan utk raya nti.. eh, ade ke yg guna blueberry cheese tart utk raya?
haha... pagi2 mata rabun.. Dah betulkan..huhu.. Huru hara typo
wahhh. thanks kasi resepi. i pon teringin nk mkn. tp mslahnye, bab cookies dan yg ibarat kuih raya segala bagai, mmg i x mkn. terus x reti buat lew. haha. tp yg ini mmg teringin nk cuba.
nampak sedap..=)
pergh..kecur air liur...pos kat Miro seketul 2 bleh...Ahaks
fulamak. gila berkhasiat cheese tart ni. guna susu anlene tu. tulang jadi kuat. xpayah minum susu dah. muehehe.
look so tasty. yummy. thanks for the recipe :)
hoihh, terliur tgk. selama ni mkn yg King's punya je. lps ni, kena suruh mama buat kan :p
nak salin resepi, tapi buatnya tak tahu bila. ha ha ha
sila tunjukkan bekas dia. aku nak g beli.
emelkan je lah gambau bekas nak tepek paastri tu yek?
mylosermind@yahoo.com
TQ
wah nak cube wat gak..
ari tu wat kek dh jd ekot noi nye resepi:)
resipi nie utk bpe biji cheese tart boleh buat kak?
Post a Comment