Followers

Tuesday, July 27, 2010

Sakit Kepala

Daripada sekolah menengah aku selalu sakit kepala. Paling tak boleh tahan masa form 3, sakit yang amat, menangis-nangis aku bila sakit tu datang. Rasa macam bergesel-gesel dan dicucuk je kepala hotak ku ini. Pergi klinik doktor periksa dan cakap sakit tu sebab tekanan darah aku rendah sangat.

Dah besar-besar ni still sakit lagi kepala. Tapi sakitnye kadang-kadang sebelah saje. Pernah jugak terpaksa mc sebab sakit kepala ni. Bila ke klinik doktor cakap migrain la pulak, tekanan darah dah ok. Tapi aku risau la bile doktor check macam acuh tak acuh pastu assume itu ini.

Bertambah risau bila mak beritahu anak sepupu ayah sekarang kena tahan kat wad hospital muar sebab sebelah mata dia dah tak nampak apa-apa. Punca dia sebelum ni memang dia selalu mengadu sakit kepala. Dan doktor suspek akibat barah otak .

Menakutkan. Macam dalam drama tv, asal barah otak je nanti doktor bagi tempoh masa pesakit boleh hidup. Mintak jauh. Aku harap ke suspek kan doktor itu adalah tidak menjadi kenyataan. Kesian budak tu.. Masih bersekolah.....

Aku pun kesian jugak... Sakit memanjang....Haishhhh

3 comments:

kodok hijau the ghost writer said...

jgn cakap yang bukan bukanlah, biasanya sakit kepala akan menyebabkan risiko buta mata itu tinggi, so ghilah sepital pakar, biar mahal tak apa yang penting kita okeh.. pergiii jgn degil. satu laghi jgn jumpa mana mana bomoh mengarut jer tu

sI tEDI said...

aku migrain :))

ASSILA. said...

sakit kepala since sekolah jugakk. haishh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails