Followers

Monday, July 5, 2010

Selamat Pagi Isnin

Tajuk sangat boring. Seboring hari isnin. Eh, tengok mentor akhir semalam? Mohd Menang mentor yek? Aku tak tengok pun. Baru pagi ni tau bila baca blog orang..huhu. Ntah kenape aku rasa Mentor kali ni tak best langsung. Mintak maap kate la, semua peserta dia aku tak berkenan suara dia.

Alah memang la suara diorang lagi best dari suara aku, tapi bagi aku persaingan tidak la sengit dan tak boleh nak teka sapa yang akan menang sebab semuanye biasa-biasa ajer. Yang aku rasa paling best si Ila Damia anak didik Joe Fizzlow tu.

Tapi Ila Damia tak dapat masuk final kan? Aku pelik bin ajaib. Eh kau, tak payah la nak pelik, ko tak undi dia cam ne dia nak menang. Tak kose senah nak perabih kredit. Baik sms untuk rancangan Bersamamu TV 3 tu, dapat jugak pahala.. =)

Hurm.. Suara si nani mentor Azmer tu unik. Tapi cara dia menyanyi tu macam pelik-pelik dan tak sedap di dengar oleh telingaku ini. Macam-macam kau kan aini, mengulas mengalahkan Ajai.. Hurm..ape pun aku rasa Mentor masa Black mas Idayu tu ada yang paling best...

Ok dah.. Setakat ini bebelan pagi senin yang lemau =)

2 comments:

hajarus said...

hajar xpernah tengok mentor 4 ni tp malam tadi mase final hajar leh lak tengok dr awal sampai abis... mohammad juara... walau x tengok sebelum ni tp tetiba cam rase puas hati sangat mohammad memang... hehehe...

..nOj.. said...

tak penah tgk gak tp smlm asben pg bukak lak konset ni. rase cam tak final pun. tah hape2 seme tak best. ceh. tetiba je nk kritik org kan (terbawak2 amarah kesini plak)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails