Followers

Tuesday, July 13, 2010

Tom Raja Farah - Kes Pukul Memukul, Belasah Membelasah

Gambar kredit kpd Murai.com

Korang baca dah pasal kes Tom Raja Farah iaitu juara mystar LG membelasah dan dibelasah? Cerita ni dari minggu lepas dah hot rasanya. Masa tu aku baca kat beautifulnara pasal kes Artis Wanita Juara Program Realiti TV pukul Bini Orang. Orang komen duk kata si Tom Raja Farah ni.

Mula aku langsung la tau sape la Tom Raja Farah ni tau... Pasal kes ni, satu Malaysia kenal TOm Raja Farah ni kot.. Popular la dia pasni. Kes ni macam drama pun ada. Tapi kalau betul la apa yang Tom dah buat pada si mangsa ni, memang tak patut la kan..

Kesian si mangsa, isteri kawan Tom ni, dah la masih dalam pantang... Ishk..

Keratan akhbar...

PETALING JAYA: Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.

Pergaduhan berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran berdekatan Balai Polis Damansara itu menggemparkan orang ramai termasuk sekumpulan wartawan yang dijemput ahli keluarga isteri rakan lelaki Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas ahli keluarga isteri rakan lelaki penyanyi itu mengadakan sidang media di kediaman mereka bagi memberi penjelasan susulan kenyataan Tom, rakan lelakinya dan isteri lelaki itu yang mendakwa mereka difitnah dalam satu program hiburan di televisyen, tengah hari semalam.


Berita penuh di sini, sumber metro



2 comments:

jux said...

saya tak rasa ini pergaduhan..apa yg keluar kat media semua sagt2 one sided...
Pihak keluarga tu dah la pukul curi and ramai lelaki pukul sorang perempun yg tingginya tak sampai 5 kaki.. kalau nak tau kat gambar tu yang tgh peluk Tom adalah mangsa perempuan yg kononnya kena dera dgn Tom.. Dia tgh nak protect Tom sebab Tom sebenarnya dah banyak tolong dia dan suami sejak mereka turun ke KL.. alih2 dah la kena fitnah.. kena belasah ramai2... Not to mention yang wartawan ramai2 tu duk enjoy the 'show' tapi tak buat apa2 just for the sake untuk dapat cerita/news.. Hanya ada sorang wartawan utusan sahaja yang menolong.. kepada semua warga bloggers dan kaki gosip.. sila kaji betul2 dan dapatkan cerita kedua belah pihak.. anda ada etika atau tidak? atau anda hanya tergolong dalam golongan orang yg penting diri dan menghebahkan perkara yg tak benar... Hanya pendapat 2 sen saya..

Anonymous said...

mangsa adalah kakak sye. n kmi knal raja farah dri kecik..kmi tau perangai dye..n ta sangka dye buat kt kakak kmi truk cmtu.so ni bkn sblh pihak..n for ur info wartawan utusan adalah saudara tom..mse tu pun tom bawak kwn2 laki dye bodyguard,..kmi dtg dgn anak2 n family..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails