Followers

Friday, July 30, 2010

Projek Hujung Minggu Ini dan Gambar Seksi


Haha hihi huhu.. Masyuk... Gaji dah masuk... Tak sabau nak mulakan projek hujung minggu ni.. Eh esok la hujung minggu.. Mau cat bilik... Cat bilik warna pe? Warna pink.. Haha..bukan kasi nampak gedik tapi mau kasi nampak sweet sikit je.. Warna bilik sekarang adalah kuning.. Terang nau..

Siap je cat bilik nanti baru boleh ke kedai perabotan untuk projek lain plak... Projek katakau... Projek menghabiskan boreh.. Ater.. Kate nak make over bilik kan.. Mesti la nak nampak lain sikit. Uh jangan risau terlebih bajet. InsyaAllah tidak kerana setelah baca buku ini aku telah mengaplikasikan ini :

Perbelanjaan = gaji - simpanan

dan bukannya

Simpanan = gaji - perbelanjaan

Ha.. Simpanan telah di asingkan dan di simpan jauh-jauh dulu sebelum berbelanja supaya tidak over excited. Musim nak raya kalau belanja dulu baru simpan maka simpanan boleh jadi = RM 0 okeh. Setuju? Nafsu di bulan puasa kan lain macam sikit.. Tengok je la pon buka puasa cam mane kan....

Haa... Korang jangan tak nak mengaku..
Macam aku tak tau plak kan.. Lum pun start puasa lagi korang dah terbayang kannnnnnnnn.......

Ayam percik..........

Murtabak....

Ayam Madu....

dan Tepung pelita ni kan..... =)

Gambar mengiurkan kredit kepada Bual-bual Kosong dan Kampungboycitygal dan Lushia.

p/s : Seksi tak gambar makanan tersebut?

Thursday, July 29, 2010

Tiba- Tiba Aku Rasa.........

  1. Nak tukar banner blog.. Gambar banner walaupun comel tapi tak sopan. Tak elok untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Cekcii dan sosial. Mungkin lepas ni 3 gadis itu akan bertudung dan pakai baju cukup kain, tak ade nampak pusat, tunjuk badan bagai lagi.

  2. Nak bisnes online makanan comel-comel. Benda yang aku reti dan suka buat la. Contoh makanan comel-comel ialah kek choclate moist, kek batik, Blueberry Cheese tart (dah reti..oyehhh) dan cupcakes ( baru nak blajar decorate..hah)

  3. Nak cat bilik warna pink.. Mood raya kan.. Dah berangan ni. Dinding pink, pastu suro mak buatkan langsir warna putih... Uhh suwitnyee.. Nasib baek mak sendirik tukang jahit, tempah langsir lambat-lambat pun bleh.. Eh tempah ke? Bila ko pandai bayar upah jahit mak?
Hurmm.. tiba-tiba je aku rasa ni.. Lepas penat otak berpikir buat kerja tadi, aku pndang dinding office yang purple ini pastu terus tiba-tiba aku terasa dan terpikir 3 perkara di atas ini... Eh best ek, kalo petik jari jek terus jadik... ketik! ketik! ketik! BERTUKAR!!!!!!!!

Membaca Memang Hobi Saya =)


Dapat buku ni dari kak Kujie. Menang kontest mudah beliau la. Menarik jugak. Sangat sesuai untuk budak-budak yang baru setahun jagung bekerja macam aku ni. Sudah habis baca separuh buku. Kesannya? Mendatangkan keinsafan untuk menyimpan dengan lebih dari biasa setiap bulan. =)


Antara tajuk yang menarik untuk di baca... Hihi huhu... Ape? Tak jelas? Tak nampak tajuk yang ingin aku tonjolkan kat sini? Baik aku zooooooooooom kasi nampak ye kawan-kawan....

Amacam? Jelas ke tidak? Kalau tak jelas, pergi check mata kat hospital okey =). Membaca jambatan ilmu...

p/s : Terima kasih kak jie

Wednesday, July 28, 2010

Eh Korang Dah Gaji Ye...


Eh anak dara ni sepanjang bulan ni hujung minggu tak keluar ke mana pun kan, tak menjelalah ke Angsana, City Square bagai untuk shopping menggila. Paling-paling pun pergi The Store dekat rumah je cari bahan kunyah-kunyah dan masak-masak.

Hasilnya, menjelang hujung bulan ni poket tetap penuh kan.. Huh. Bagus sungguh kan. Kalau tiap bulan macam ni, masyuk betul simpanan aku kan, next year boleh kawen dah kan.. haha hihi huhuuu.. Ni pasai Mai dah balik sarawak la, jadi tak de berkobar la nak keluar tiap minggu, tak de geng kan..

Tapi ada gak 2 kali kot balik kerja kuar makan ngan Ain Sasuke and Johana.. Ala setakat makan kat gerai seploh hinggit tak habis kan. Cuba pergi cs ke angsana ke kan. Mau tak meriah duit keluar nak tengok wayang, makan2, nampak beg santek, kasut santek sume nak kan..haha

Bagus la cam ni kan, kalau setiap bulan macam ni la bagus, tak payah keluar, duk rumah je makan masak sendrik besorkan badan. Sejuk jek mata mak bapak tengok kan..huuuu. Tapi harapan je la kan.. Jangan tak tau bulan depan dah Puasa. Mood raya suda tiba, mesti la gila shopping raya pulak kan.. Paham-paham je la kan..

Aiseh.. Berapa banyak kan la kan dalam entri ni kan.. Kan?

Tuesday, July 27, 2010

Hot FM Panggilan Masyuk Yang Tak Masyuk Masyuk


Jahat gila aku. Suka benor bila penghantar sms bertuah hot fm panggilan masyuk tu salah sebut lagu, salah sebut penyanyi dan ape sahajelah yg membuatkan mereka tidak masyuk...haha.. Gila jahat....

Bajet lepas tu konon-konon cerah sket la peluang aku plak nak menang..haha. Haish.. Niat tak baik ko ni aini, pasal tu la tak pernah dapat jadi penghantar sms bertuah apetah lagik nak menang panggilan masyuk tu...huhu.

Eh ade sape-sape kat sini yang pernah menang hot fm masyuk tak? Share la tips..huhu...

p/s : Bencik! Habis kredit i...huuuuuuuuuu



Sakit Kepala

Daripada sekolah menengah aku selalu sakit kepala. Paling tak boleh tahan masa form 3, sakit yang amat, menangis-nangis aku bila sakit tu datang. Rasa macam bergesel-gesel dan dicucuk je kepala hotak ku ini. Pergi klinik doktor periksa dan cakap sakit tu sebab tekanan darah aku rendah sangat.

Dah besar-besar ni still sakit lagi kepala. Tapi sakitnye kadang-kadang sebelah saje. Pernah jugak terpaksa mc sebab sakit kepala ni. Bila ke klinik doktor cakap migrain la pulak, tekanan darah dah ok. Tapi aku risau la bile doktor check macam acuh tak acuh pastu assume itu ini.

Bertambah risau bila mak beritahu anak sepupu ayah sekarang kena tahan kat wad hospital muar sebab sebelah mata dia dah tak nampak apa-apa. Punca dia sebelum ni memang dia selalu mengadu sakit kepala. Dan doktor suspek akibat barah otak .

Menakutkan. Macam dalam drama tv, asal barah otak je nanti doktor bagi tempoh masa pesakit boleh hidup. Mintak jauh. Aku harap ke suspek kan doktor itu adalah tidak menjadi kenyataan. Kesian budak tu.. Masih bersekolah.....

Aku pun kesian jugak... Sakit memanjang....Haishhhh

Monday, July 26, 2010

Eh Dulu Ada Seseorang Tujukan Lagu Ni Pada Aku, Ingat Sampai Sekarang

Pasha Unggu Yang Kacak

Sinopsis kisah di sebalik lagu ini adalah begini... Aku tak pandai bercinta di zaman sekolah kerana aku pelajar sekema. Seseorang itu adalah kawan sekolah, boleh dikatakan admire kat aku. Selalu bagi aku kad, call rumah bertanya khabar segala. Sejak tingkatan dua sampai la aku belajar kat Matrik begitu la keadaannye.

Masa kat matrik, dah canggih pakai handphone. Mula ber sms. Pertama kali dia mengaku terang-terangan. "Saya memang suka awak dari dulu lagi. Saya pun tak tahu apa sebabnye." Aku masih skema. Call dia pun tak pernah. Walhal apa saje berlaku, sepantas kilat dia laporkan pada aku.

One day, dia call, berbual seperti biasa. Tiba tiba dia kata "Nanti awak dengar lagu Demi Waktu yang Kumpulan unggu tu nyanyi yek." Baiklah aku menjawab. Dengar jek la, lagu baru mase tu, best jugak. Jiwa tak jiwang. Tak ade perasaan.

Oh rupanya lagu itu mesej dia untuk aku. Dia sudah ada yang lain.... Dia mengaku dengan berat hati. Kawan kata aku yang salah. Sebab aku tak pernah respon kepada perasaan yang dia tunjuk sejak zaman sekolah lagi. Dia suka, tapi aku buat tak peduli.

Sebenarnya aku jugak suka tapi aku malu.. Tapi apakan daya, aku hanya budak sekolah yang skema masa tu...

Tak ape lah, jodoh itu di tangan Tuhan kan..
Semuanya aku simpan sebagai kenagan..

Demi Waktu -Unggu

Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku

Reff:
Maafkan aku
Menduakan cintamu
Berat rasa hatiku
Tinggalkan dirinya
Dan demi waktu
Yang bergulir disampingmu
Maafkanlah diriku
Sepenuh hatimu
Seandainya bila kubisa memilih

Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua takkan seperti ini

Dirimu dan dirinya kini ada dihatiku
Membawa aku dalam kehancuran

P/s : Mai, ko suke buat aku teringat-ingat kisah dahulu kala begini kan...

Sunday, July 25, 2010

Demam

Demam di hujung minggu membataskan segalanye. Rasa serabut memberatkan kepala. Feeling nak pergi jauh dan bercuti...... =(

Friday, July 23, 2010

Ini Lah Aku Di Zaman Menengah Rendah

Gambar kelas sewaktu tingkatan 3A. Malu malu duduk sebelah cikgu bujang En zaid idaman ramai masa tu.. Sebagai Penolong ketua kelas. Rasa macam bersanding pun ada.. hehe.

Gambar kelas masa aku tingkatan 2. Curi gambar dari facebook sharmilla a/p subramaniam. Aku adalah gadis tudung berdiri yang paling tinggi itu. Maisarah sedang tunduk malu =)

Comel pulak tengok gambar-gambar ni kat facebook kawan-kawan. Nostalgia sungguh. Walaupun cuma 3 tahun belajar kat sekolah ni, tapi memori tetap fresh di kepala. Kelas memang ramai cina, sekolah pun di dominasi pelajar cina. Masa form 1 lagi sadis. Cuma 4 org gadis melayu dalam kelas aku..huhu

Bahasa campur-campur memang sebati. Teringat lagi dialog Poon Chan Pooh si bendahari kelas di makmal sains.

"Cikgu, saya tak tengok! Saya tak tengok la cikgu! Sangat kecil... Saya tak tengok!"

Sebenarnya maksud dia adalah saya tak nampak cikgu. Tulisan cikgu kecil sangat. Kau buat satu makmal hiruk berdekah ketawa okeh chan pooh. Dah la panggil aku nolani gani. Aku ialah Nor Aini okeh. Dengung kena lebih bila sebut nama aku. Nor Aini, bukan nolani.

Sadis. Aku dan kawan baik, Maisarah pernah kena marah dengan cikgu Krisnan sebab tulis "i love u Fong Sai Yuk!!" kat kertas conteng. Tak tahu apa dia pikir. Fong Sai Yuk adalah hero drama cina yang kami gila-gilakan okeh masa tu. Dia siap rampas kertas conteng tu.

"Saya bawak kertas ini ke pejabat tahu!" Bawak la cikgu.. Tu la akibat tak ikut perkembangan drama semasa. Fong Sai Yuk dia ingat boypren aku gamaknye. Fong Sai Yuk pun tak kenal.. Ape da...

Haaaha..kenangan.. kenangan...

p/s : Maisarah ko suka kutip adik angkat sana sini kan masa kat sekolah ni dulu..huhu

Tazkirah Jumaat Untuk Aku

Ada masa kita rasa hidup tak se lucky macam orang lain. Semuanya rasa serba kurang. Waluapun hakikatnya ada lagi orang di bawah kita yang nasibnya lebih kurang bernasib baik daripada kita. Adakah tidak bersyukur?

Tapi hidup memang perlukan peningkatan, perlukan kemajuan. Perlu untuk kepuasan. Perlu untuk keselesaan. Peningkatan dan kemajuan yang aku faham memerlukan usaha. Ya usaha. Semua tak kan datang bergolek..

Kecuali jika kita dapat rezeki terpijak. Rezeki terpijak? Kebarangkalian adalah 1 daripada 1000 mungkin. Ah itu pun berkait dengan nasib. nasib yang baik. Bagaimana mengubah nasib supaya semua selalu bernasib baik?

Semua datang dari Allah S.W.T. Kekadang kita persoal kenapa Allah selalu beri nasib yang baik kepada sesetengah orang tidak pada kita. Tapi kita sendiri tak sedar, kita sendiri melebihkan perkara lain berbanding DIA.

Sekian, tazkirah Jumaat untuk aku dan kamu kamu.

Next : Ondeh - Ondeh Buah Melaka

Gambar kredit to hanieliza fotopages

Dah sudah-sudah la merajuk. Bukan ade orang pujuk pun aini oii. Dari ingat kat orang baik ingat kat makanan. Menjelang hari jumaat yang dah mendekati weekend ni kan, mula la kepala hotak memikirkan ape yang nak dibuat kat rumah hujung minggu nanti.

Dalam kepala sekrang terbayang kuih onde - onde buah melaka ni ha. Mak hai sedapnye makan panas-panas. Sebab tu aku suka buat sendrik, boleh makan panas-panas sampai melecur lelangit mulut ni kan. Humakhai sedapnye, tak sabarnye nak tunggu hari sabtu... Yuhuuuuuu

Thursday, July 22, 2010

Kris Dayanti Bercium Depan Wartawan - Dah Kenapa?


Dulu Kris Dayanti @ KD niberia kata tak ada apa-apa. Sekarang siap bercium depan wartawan. Siap ulang buat demo sekali lagi depan wartawan. Ish.. Ish.. Ish.. Baca keratan berita ni..

"JAKARTA: Ketika menafikan hubungan cintanya dengan ahli perniagaan Raul Lemos, penyanyi kontroversi Indonesia, Krisdayanti atau KD tanpa segan silu mahu bercium dengan lelaki itu di depan khalayak.

Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di Radio Dalam, Jakarta Selatan, Rabu. Pada ketika itu Raul sedikitt emosi ketika memperkatakan mengenai dirinya di sebuah tabloid hiburan.

Portal Inilah.Com melaporkan, ketika melihat aksi Raul yang sedikit emosi itu, KD dengan manjanya cuba mencubit pipi lelaki itu sambil memberi ciuman ke bibirnya.

Wartawan dan jurugambar yang hadir pada majlis tersebut menjadi terkejut lalu meminta kedua-dua pasangan tersebut mengulangi aksi berkenaan.

Bagaimanapun tanpa perasaan malu, KD terus menarik wajah Raul untuk menciumnya semula."

Berita penuh di sini sumber mStar Online


Sedihnya Rajuk Yang Tak Dipujuk!

Sangat sedih wokey
Sekian entri untuk hari ini
Bye.

Wednesday, July 21, 2010

Kenapa Bulat Sangat Comel Bagi Aku?

Siapa yang selalu singgah blog ni mesti tau sape tu bulat. Bulat seokor kucing comel, ekor kembang yang manja dan selalu sesat bila keluar dari rumah. Terbaru pagi tadi dia tersesat lagi kat rumah sebelah, meraung bagai nak gila cari jalan balik padahal dia cuma berada di sebelah tembok rumah aku sahaje okeh.


Beliau sangat comel bagi aku kerana keletah beliau la. Contoh keletah beliau yang pernah aku rakam ialah minggu lepas masa balik dari kerja, aku duduk kat depan tengok tv. Masa tu si Bulat pun sama tengok tengok tv... Bukan main semangat tengok tv depan-depan.


Bulat tengok tv dengan khusyuk membontotkan aku. Adelah dekat 5 minit dia berkeadaan begitu teruja menonton filem ape ntah masa tu. Sambil tengok tv, aku makan aiskrim yang tinggal baki. Masa elok aku makan tu, boleh pulak si Bulat ni datang buat muka kesian nak mintak aiskrim.

Oh ye, peha dan lutut itu bukan kepunyaan ku ye. Aku sedang mengsnap gambar. Oh kucing nan berekor ni memang pantang tengok orang makan, mesti nak mintak secara halus begitu. Lalu, dengan tinggal titisan - titisan terakhir, aku bagi juga beliau dan cik Nini menjamah.

Begitu teruja adik beradik angkat berdua itu makan, sampai berpusing-pusing bekas aiskrim itu. Menjilat hingga tak tinggal sisa. Kalau tak aku buang bekas tu, mau sampai besok tak habis menjilat gamaknye. Sedap sangat lah tu. Setelah puas makan aiskrim, tau apekah aktiviti beliau?

Ya, tidur dengan rakus adalah aktiviti beliau selepas makan. Jilat tangan, jilat kaki, jilat badan, cari posisi sesuai dan tidur.. Dari kecik memang begitu. Pernah dulu dia tidur dengan kepala di dalam mangkuk susu okeh.

BUlat zaman kecik2

Selain ekor yang macam tupai, perangai kuat makan dan tidor serta rekod sesat dari rumah yang melampau kelakar lah yang membuatkan bulat comel di mata aku... Boleh? =)

Selamat Pagi

Hari ni rasa tak berapa nak sihat la.. Sejuk semacam je. Apakah tanda mahu demam? Lama tak dema aku ni. Mungkin sebab duk pekena air kelapa selalu time balik kerja kot... Huhu ada kena mengena ke?

Motip letak gambau belakang rumah atok aku?

Tapi serius la.. Pagi ni rasa cam nak demam jek ni... Mata sedikit berpinar-pinar ni... Adoi la..

Tuesday, July 20, 2010

Kau Cuma Retak Seribu Tapi Hati Aku Retak Sejuta!


Geram sungguh. Baru beli. Baru pakai 3 kali sahaja. Jatuh, berderai, retak seribu. Ah kenape mesti jatuh berderai? Ikut hati nak je aku letak dalam lesung batu mak aku, tumbuk kasi hancur jadi bedak tabur. Puas..

Benci.. Kena pergi watson cari yang baru. Membazir? Boleh guna lagi kata kau? Iye.. memang boleh tapi bukan muka saje berbedak, malah segala isi dalam beg juga berbedak dek kerana kau yang retak seribu ini.

Lebur la duit aku kat Jusco petang ni.. Mesti terbeli benda2 len yang tak penting. Ah perempuan. Seminggu sampai 3 kali pergi Jusco dah tebiat ape?

Entri Mahluk Comel Untuk Tatapan Semua

Oh semalam blog ini dipenuhi dengan entri makanan menggiurkan dan menggoda hati mereka-mereka yang sedang mengganti puasa dan jugak yang sedang berpuasa sunat. Mintak hampun la sangat-sangat. Aku yang tak puasa ni pun meleleh air iur bila tengok gambar spaghetti campak-campak pagi tadi..hehe.

Oleh yang demikian, hari ni kita santap gambar mahluk - mahluk comel ini ye. Anak-anak sepupu cik noy la sapa lagi. Aina dan Ada. Oh sepupu-sepupu ku asyik beranak jek. Sorang beranak, semua beranak. Makcik aku selalu dapat pakej cucu 4 orang sekaligus dalam tahun yang sama. Meriah!

My favourite : Aina Najihah

Syuhada @ Ada : Menangis tak ada sikit-sikit okeh, Load speaker habis!

Bangun pagi nak mandi

Oh masa ni Aina telah memberikan side kick kepada Ada. Ada melalak, langsung tak boleh snap gambar lagik

Lokasi : Kampung tercinta, Rumah Atok


Monday, July 19, 2010

Spaghetti Goreng Campak-campak

Entri makanan lagik? Haha.. Biaselah, bukan selalu aku dapat masak-masak kat rumah. Time weekend je la.. Spagethi goreng campak campak. Pasal ape name dia ada campak-campak? Pasal bahan dia sume pakai campak-campak je ape yang ade dalam peti ais..huhu.

Update :

Uh tak sangka ada jugak yang mintak resepi spaghetti goreng campak-campak ini..hehe. Jadi di sini saya tepekkan resepinya :

Resepi Spaghetti Goreng Campak-campak

BAHAN-BAHAN utama
1 Biji bawang besaR
2 Batang lada merah
2 Ulas bawang putih
Beberapa ekor ikan bilis
Pasta Spiral

BAHAN CAMPAK-CAMPAK
Ayam cincang
Udang
Telur
Daun sup

CARA-CARA
1. Tumbuk segala bawang dan lada dan ikan bilis letak garam skit pastu tumis.
2. Pastu aku campak ayam yang aku cincang-cicang & udang.
3. Tambah air sket kalo kering sgt. Tunggu & kacau sampai ayam masak.
4. Pastu campak la pasta, gaul2 rata.
5. Campak telur pulak, kacau rata & kering.
6. Last aku campak daun sup bagi bau sedap..huhu

Then terhasil lah Spaghetti goreng campak-campak..hehe =)

Akhrinya Blueberry Cheese Tart Yang Sungguh Sedap Aku Menjadi =)


Tajuk tak boleh belah puji masakan sendirik. Tapi serius memang sedap gila blueberry cheese tart resepi yang aku buat ni..haha. Last week kan aku cakap nak buat blueberry cheese tart hujung minggu kan. Ni la hasilnye. Mudah, simple dan sedap!


Bahan-bahan dan cara buat dia memang mudah jek, tapi oleh kerana aku guna acuan tart yang paling kecik cinonet saiz cup kuih raya tu, maka bercinta jugak la aku nak mengentel doh dan isi filling tu dalam acuan satu persatu. Pulak tu acuan cuma ada 6 ketul je. Maka hambik, sekali bakar 6 bji 6 bijik..haha punya la lembab.


Oh ye, lihat la hasil ada yang macam rentung, ada yang suci bersih je warna kan. Cam ni, mak aku suka yang tak garing sangat, cair di mulut kata dia. Aku pulak suka yang rentung skit, rangup di mulut..huhu. So bakar tu kalau nak garing kena la lamakan seminit dua..

So aku recomended la resepi ni kat korang yang nak try. Rasa dia memang best gila, sangat masyuk dengan aku penggila cheese ni. Bahan nak buat senang cari, cara buat pun sangat senang. =)

Resepi Blueberry Cheese Tart

BAHAN UNTUK PASTRI MANIS
200g mentega
100g gula aising
1/2 camca teh esen vanilla <-- eh aku lupa letak! Tapi tetap sedap =)
1 biji telur
420 g tepung gandum
1 camca besar susu tepung <----- aku guna susu anlene mak aku..wakakak =)

CARA BUAT PASTRY

1. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, tak payah kembang.
2. Masukkan telur, putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan susu tepung sikit demi sikit sampai jadi doh.
4. Rehatkan doh 20 minit. Ambil sikit doh tadi pastu tekan dalam acuan.
5. Susun dalam dulang pembakar. Bakar selama 10 minit. <--- aku bakar 5 minit jek sebab sekali bakar 6 bijik saje 6. Keluar dan sejukkan.

BAHAN FILLING

250 g cream cheese
50 g gula aising
20 g mentega <--lembutkan 1/2 sudu besar perahan lemon <-- aku tak letak, tak ade. 1 biji telur

CARA BUAT FILLING

1. Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul rata. Masuk dalam piping beg.
3. Picit cream cheese dalam tat shell
4. Bubuh 1.2 sudu kecil blueberry keatasnya.
5. Bakar selama 10 minit @ sampai filling tadi nampak kering sikit <--- jangan sampai hangus Selamat mencuba

Buffered Earning Beratur Di Pagi Isnin - Isnin Jadi Segar =)

Best gile pagi-pagi senin dah ada berita baik.. Ada beberap buffered ads baru yang sedang berjalan kat belog ini..Isnin yang selalunya terasa lemau terasa segar pulak kali ni.

Wakaka... U make me happy la nuffnang. Terima kasih la banyak-banyak... Hihihi..huhuhu.. =)

Saturday, July 17, 2010

Hei Hari Ni Aku Buat Driver Teksi Kaya!

Pergi kerja tadi ada hal kat rumah, banyak sangat baby buat aku malas-malas nak pergi kerja. So terlambat lah bersiap. Keluar kul 9 pagi. Naik bas comfirm tak sempat, jadi terpaksa tahan teksi dan menabur wang berkali ganda tambang bas.

Balik kerja pulak baru perasan dalam beg cuma ada sekeping duit RM50. Agak-agak kalau aku tahan bas pastu tunjuk duit 50 hinggit ni untuk bayar tambang RM 1.30 mau kena sepak dari pintu belakang bas. (Perhatian, pakcik bas sangat alergik dengan duit besar!)

Jadi naik teksi lagik! Ye kalau hari hari aku macam ni, kayalah pakcik teksi, makan pasir la aku kan... Hebat. Amalkan selalu.

Thursday, July 15, 2010

Telur Pindang - Si Hitam Yang Unik

Telur pindang ni popular kat Johor je kot? Ada orang suka, ade orang tak suka telur pindang ni. Kadang pergi kenduri kahwin orang tak bagi dah telur rebus biasa apetah lagi telur pindang ni. Mak aku kata, telur pindang diberi masa kenduri kahwin ni sebagai mendoakan kesuburan pengantin. Jadi kena bagi, jangan tak bagi.


Telur pindang dalam gambar ni adalah untuk majlis kahwin sepupu aku Sabtu lepas. Masa ni kitorang tengah sibuk masukkan telur dalam bunga telur. Ecececeh.. Aku bagai mak enon petang tu sibuk makcik-makcik ikat telur, aku pulak mengubah bunga pahar. Hasilnya.. Ten ten ten.. Santik tak?


Cantik kan.. Jangan la menipu kata tak cantik.. Walaupun macam nampak rongak-rongak sikit tetap kena cakap cantik..haha =)

Wednesday, July 14, 2010

Blueberry Cheese Tart


Wah.. aku tak sabau nak tunggu hujung minggu. Ada projek hujung minggu yang sweet bakal aku buat. Tu tu tu... Gambar kat atas tu la.. Blueberry Cheese Tart. Uh dah lama dapur kat rumah tak berasap dengan kuasa aku tau..

Gambar atas tu sumber google2 jek. Tunggu la next week macam mane plak rupe Bueberry Cheese Tart aku kan.. Kot rupa die cam karipap penyek, kirim salam je la nak tayang kat sini..haha

P/s : Resepi dah google, acuan dah ade, bahan jek lum carik....... Harus ke Juscoooooooooooo.. <-- Jcard day besok woo kat Juso Taman u. Perempuan, sila bersedia! =)


Bulat Sudah Pulang..Hihihihi... Aku Sangat Gembira

Perlu ke nak letak ketawa dalam tajuk entri? Motip? Gembira tak terhingga la... Hahahaha Hihihihi Huhuhuhu.....

Alkisah petang semalam balik kerja bila mak kata bulat tak balik lagi aku macam dah nangis dah. Sedih gila. Aku panggil Bulat.. Bulat... kat longkang depan rumah. Tak menyahut pun.. Memang dah nak redha dah masa tu.

Then malam, dalam kul 11 mak keluar nak kunci pintu, mak panggil lagi Bulat... Bulat... Tetiba bulat menyahut korang! Mak panggil aku keluar. Macam kena sawan si Bulat menyahut tapi bayang tak nampak. Aku suspek Bulat dah kena sorok dek bunian masa tu..

Sambil kesuspekan yang teramat itu, aku jengah-jengah la arah datangnya suara Bulat. My god, dari rumah jiran sebelah aku. Panggil lagi, dia keluar melompat-lompat kau. Tak tentu arah dia macam kucing gila. Then dia panjat tembok umah aku, terus aku terkam bawak masuk rumah.

Dah masuk rumah punye excited berlari ke sana sini. Happy sangat dapat balik rumah. Macam orang kena penjara 100 tahun dapat balik rumah. Kejap mengeliat miang2 kat tempat tidur dia, kejap golek-golek sebelah mak aku. Rindu sangat la tu.

Mak aku cakap dia sesat tak tau jalan nak balik rumah ni. Kau ni tak mencabar langsung la bulat tahap kesesatan kau. Sesat kat rumah sebelah je pun tak reti balik. Tu la.. Harap ekor je cantik, sesat macam tu pun tak reti cari jalan balik.

Apepun, happy gile ko dah balik bulat.. Nanti aku balik kerja aku beli KFC ek, aku makan ayam ko makan tulang..haha..gila kejam. Gurau jek.. Kita makan sesame okeh.. Janji aku semalam kan.. =)

Tuesday, July 13, 2010

Tom Raja Farah - Kes Pukul Memukul, Belasah Membelasah

Gambar kredit kpd Murai.com

Korang baca dah pasal kes Tom Raja Farah iaitu juara mystar LG membelasah dan dibelasah? Cerita ni dari minggu lepas dah hot rasanya. Masa tu aku baca kat beautifulnara pasal kes Artis Wanita Juara Program Realiti TV pukul Bini Orang. Orang komen duk kata si Tom Raja Farah ni.

Mula aku langsung la tau sape la Tom Raja Farah ni tau... Pasal kes ni, satu Malaysia kenal TOm Raja Farah ni kot.. Popular la dia pasni. Kes ni macam drama pun ada. Tapi kalau betul la apa yang Tom dah buat pada si mangsa ni, memang tak patut la kan..

Kesian si mangsa, isteri kawan Tom ni, dah la masih dalam pantang... Ishk..

Keratan akhbar...

PETALING JAYA: Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.

Pergaduhan berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran berdekatan Balai Polis Damansara itu menggemparkan orang ramai termasuk sekumpulan wartawan yang dijemput ahli keluarga isteri rakan lelaki Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas ahli keluarga isteri rakan lelaki penyanyi itu mengadakan sidang media di kediaman mereka bagi memberi penjelasan susulan kenyataan Tom, rakan lelakinya dan isteri lelaki itu yang mendakwa mereka difitnah dalam satu program hiburan di televisyen, tengah hari semalam.


Berita penuh di sini, sumber metro



Ni Yang Aku Benci Bila Bela Binatang Bernama Kucing Ni!

Cik kura, Bulat & Nini

Benci betul la.. Tahap tak boleh belah punya ni.. Benda ni la yang aku paling tak suka setiap kali ada kucing kat rumah aku. Memang tak suka sangat-sangat. Setakat kena basuh berak hencing dia tu tak kisah la lagi, tapi benda nan satu ni memang aku tak suka la sesangat..

Kehilangan... Ini la yang aku paling tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Aku dah sayang - sayang ko, dah sekolahkan sampai pandai. Dan cantik, dah gebu, dah bijak itu ini, kau hilang pulak kan. Ko pergi mana bulat... Balik la Si Bulat.. Aku tak suka la cam ni... Aku sedih kau tau tak.

Selalu pagi-pagi dalam kul 6.30 elok je kau naik bilik aku kejut aku, mengiau kat telinga aku kan. Pagi ni aku bagun kul 6.50 tau. Kau tak ade. Aku turun bawah pun kau tak ade. Mak kata malam tadi kau merengek nak keluar, mak bukak la pintu.

Selalu lepas subuh mak bukak pintu kau meluru masuk nak makan, tapi subuh tadi kau tak masuk pun.. Kau pergi mana? Merayap mana? Kau bukan pernah jalan sekor-sekor kat luar kan. Paling jauh pun tido bawah kereta ayah jek kan.. Kau pegi mana Bulat...

Nini pun dah meroyan kau tak ada nak bergusti ngan dia pagi-pagi tadi. Selalu bukan main meriah kau dua ekor berterumba dalam rumah time orang sibuk bersiap nak pergi keja kan.. Kau tarik, renyukkan tudung yang aku baru iron kan selalu.. Tapi pagi ni kau tak dek..

Bulat........ Balik la Bulat.. Kau sesat ke? Nanti Dayat balik sekolah aku suro die cari kau k.. Ko jangan ikut orang tak kenal okeh.. Kau dah lah cantik ekor kembang macam musang.. Mesti orang culik bawak balik rumah die kalau jumpe ko tau.

BUlat... Aku harap, balik keje ni, kau dah ade kat rumah k.. Kalau kau ade, aku janji, aku belanje kau KFC... Boringkan tiap hari makan ikan ngan biskut ikan tu jek... Kau balik k...

Sekian, Aku yang sedih...


Monday, July 12, 2010

Ini Ialah Mee Bandung Original Dari Johor Yang Sangat Mengiurkan


Tak tipu. Mee bandung Restoran Kaki Bukit Kampung Ladang, Gelang Patah ini memang superb best! Gerai dia biasa-biasa je, dalam kampung, tapi dia punya mee bandung, meletop. Aku ngan famly singgah makan time nak balik kampung hari tu.

Yang tak boleh belahnye, ayah aku selaku driver masa drive lalu depan gerai tu dia tanya tak de sape nak belanja mee bandung ke? Pasal gerai tu tengah lengang,tu nak menyinggah tu. Selalu berlambak orang tunggu Q nak merasa mee bandung kat situ tau.

Haha..kalo suro belanje diam sokmo semua orang. Lagipun sume orang cam penat baru balik kerja terus balik kampung kan malam tu. So kereta pun terus meluncur laju. Pastu tetiba ayah aku nak makan jugak, so die pun terus buat uturn kat laman rumah orang..haha


Kalau lalu gerai tu then nampak ramai orang kat situ, hentikan je lah niat nak singgah okeh. Melelah la air liur nak tunggu turn dapat merasa mee bandung dia. Pasal tukang masak dia sorang jek..huhu. Pasal tu ayah beria nak singgah malam tu, orang tak ramai.

So kami anak beranak pun makan la mee bandung yang menggiurkan itu dengan nikmatnye. Last-last adik aku yang dipaksa membayar sebab dia baru gaji...haha.. Hambik ko kena ketuk... Dah besar2 pun nak mintak bapak bayar ke? Aku ni lain la, baru habis belajar.... Lah sanagatttttttt...

Mak Aih Dangdut Pagi-pagi Isnin Kat Hot fm Buat Aku Makin Berkobar Nak Join Hot fm Panggilan Masyuk

Siapa dengar radio hot fm pagi ni? Amacam segar tak segar kepala layan dangdut di pagi-pagi isnin ni? Sesekali syok jugak tak? Ade rasa nak joget-joget gak ni.. Hehe.. Macam-macam hal la si Fara ngan Faizal ni.. Uit, aku tak sabar nak join hot fm masyuk. Start minggu ni kan? kan?

Walaupun tak pernah menang, tapi tetap nak jugak join. Mane tau boleh dapat rezeki terpijak, sape tau kan. Tak de salahnye mencubanye jang oii..



Cakap pasal macam-macam hal ni kan, ape kes ade keyword lucah-lucah masuk blog aku lagi ni.. Tak suka i nyah... Blog ni suci okeh. Penuh dengan entri makanan mengiurkan dan baby-baby comel gebu sahaja... Lucah-lucah tak ade okey..

Eh semalam lagi dasyat, ade orang cari gay gebu Langkawi... Mak aih.. Orang pergi Langkawi nak naik cable car, dia nak cari gay gebu pulak... Macam-macam hal laaaaaaa.

Ok ee ahh ee aah ee ah ee ahh eek... <-- Lagu mas idayu sedang rancak di Hot fm ketika ini =)

Cirit-Birit Sampai Kurus

Tajuk mula sedikit geli. Percayakah tuan empunya belog sudah slim kerana asyik berulang alik ke tandas akibat keracunan makanan?

Punca? Terlebih makan satey di malam kenduri sepupu.


Thursday, July 8, 2010

Chocolate Muffin vs Chocolate Cornetto Untuk Lunch Hari Ini


Tadi aku lunch benda ni jek... Choclate muffin. Sedap. Diet ke? Diet la sangaaaaaaaaaaaaaaaat. Aku balun 2 bijik muffin cokelat ni untuk lunch bersama sebijik aiskrim cornetto.

Hurm.. Jangan buat lupa. Sarapan pagi tadi aku makan kuew tiaw goreng plus ayam goreng besar punyaaaaaaa... Enak, lazat lemak lemak lemak berkrim bukan menu aku hari ni...Selemak badan sendiri.. =)

Wednesday, July 7, 2010

Nur Aina Najihah Anak Sepupu Nur Aini - Aina Aini Sama Comel kan.. =)

Antara sebab yang buat aku suka balik kampung dan berkumpul dengan sepupu-sepupu aku adalah kerana kemunculan mahluk-mahkluk kecit yang comel kat bawah ni la. Gegirl yang kat bawah ni Nur Aina Najihah. Comel kan dia? Saje aku nak tepek gambar dia banyak-banyak sebab aku geram ngan mata bulat dia tu.. =)

Ni masa dia kecik sket, rambut pun nipis je lagi...Tapi gila comel!

Ini gambar hari sabtu hari tu. Baru bangun tidor, nanges2, aku sumbat dalam kotak, baru tak nanges =)

Ni kat rumah atok hari ahad lepas. Baru lepas berjoget hanyun-hayun kepala sambil dengar lagu dekat handphone tu. U rock la Aina! Yeahhhhh


Comel kan aina.. Macam makcik dia aini... Huuuuuuuuuuuuuuuuuuu =)

p/s : Aku ngeri la baca tajuk entri kat bawah ni, tu yang cecepat buat entri baru ni..huhu

Malaikat Maut Menghampiri Aku


Mak hai terkaget sebentar aku tadi. Tengah-tengah buat kerja depan pc tiba-tiba keluar email notification kat gambar atas ni.. Malaikat maut nak jadi kawan? Seram barang sedikit aku tadi.. Ade pulak malaikat maut kat facebook sekarang ye.

Encik malaikat maut, boleh tak guna nama manusia kat facebook... Encik buat saya seram sejuk la di pagi Rabu yang mulia ini. Encik memang misteri ni. Gambar kat profail picture pun bukan gambar manusia. Tak suka la misteri-misteri ni encik.

Sekian.

Tuesday, July 6, 2010

Ketam Oh Ketam

Ketam rebus kegemaran aku neh

Eh rasa nak makan ketam la.. Ketam fresh... Ketam baru turun dari jeti. Oh mak yok balik kampung tunggu ketam kat jeti.. Walaweh sedapnye ketam.. ketam di mana-mana atas kepala aku ni sekarang.. Berlegar-legar terbang.

Tau dak, dulu pakcik aku nelayan kat kampung. Bila dia tengok adik beradik dan ank sedara dia penuh kat umah tok aku, nanti dia balik dari laut mesti dia bawak balik hasil tangkapan ketam dia kat rumah tok dengan kuantiti keterlembakan yang melampaunye.. Makan sampai tak larat makan dah kitorang..

Tu dulu.. Masa dia masih seorang nelayan dan aku seorang budak yang rakus makan ketam. Sekarang dia tak turun laut lagi dah lepas eksiden motor. Tangan dia dah tak kuat nak angkat jaring, sangkar ketam tu sume. Jadi tak dapek la kami makan ketam free yang fresh lagi dengan rakus.

Kalau terasa nak makan ketam, bila balik kampung pagi dalam pukul 10 kitorang akn pergi jeti tunggu nelayan bawak turun ketam dari bot diorang. Fresh woo.. Lain dia punya manis tu. Selalunya kat umah tok, atok akan kukus atau rebus dengan air yang sikit je ketam tu. Garam pun tak yah letak.

Gambar jeti kat kampung aku gelang patah

Rasa dia? Makaih memang terangkat la beb. Manis dia lain wo, tak sama macam ketam beli kat pasar. Mana tak nye, ketam tu hidup-hidup lagi masuk dalam periuk tau. Kadang-kadang, bila lupa tutup periuk masa stim ketam tu, alih-alih ketam berlari keluar dari periuk..huhu

Aku lagi suka ketam masak stim cam tu je, sangat sedap lah! Auhhhhh air liur aku meleleh bercerita pasal ketam ni. Ketam oh ketam.. ketam ketam ketam..

Monday, July 5, 2010

Persiapan Perkahwinan Saye.....

punye cousin....hehe.. Tajuk Saje nak gempak =) 10 Hb Julai ni, my cousin punya majlis kahwin akan berlangsung dekat rumah arwah atok kami. Oleh kerana pengantin masih berada di Kuala Lumpur, maka kami sepupu-sepupu yang kecoh lagi havoc la yang sedang bertungkus lumus membantu menyiapkan persiapan kat JB ni.

Masing-masing dah dibahagikan tugas. Oh ye, family kami sangat rapat, oleh itu, majlis perkahwinan beliau samalah macam perkahwinan kakak sendirik. jadi harus lah aku membizikan diri kan. Sekarang ni aku sibuk membungkus goodies untuk budak-budak masa majlis nanti.

Oleh yang demikan, marilah mnyaksikan kebersepahan rumahku dalam proses menyiapkan 350 goodies kanak-kanak untuk Majlis hari sabtu dan juga 70 bungkus goodies kanak-kanak untuk majlis Khatam Quran Jumaat malam nanti.

Proses membungkus di mulakan dengan bersemangatnye!

Goodies di mana-mana - Di atas sofa

Goodies di mana-mana - Di atas lantai

Goodies di mana-mana - Juga di atas meja

Ohh Nur Aina Najihah juga mahu di bungkus menjadi goodie besar?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails