Followers

Friday, June 18, 2010

Badan Lemah Longlai - Ada Cadangan Suplement Terbaik Mencergaskan Badan Aku?

Aku ni sekarang macam tak bermaya je. Macam lemah je badan ni. Kalau buat kerja tu, kejap je dah rasa mcam letih je nak buat. Letih ke malas? Muahahaha... Aku pun tak berapa jelas keadaan itu, letih atau malas. Tapi yang pasti memang rasa malas. Eh silap, rasa lemah lah. Lemah longlai je la badan ni buat sesuatu.


aku kalau lemah lotih cam ni la comelnye =)

Hatta bila balik rumah nak makan nasi tengok bawah tudung saji lauk dah habis pun aku sangup terus tido daripada masak untuk makan.. Macam mane? Letih sangat ke malas tu. tapi siyes letih dah lemah kot. Pasal aku ni kuat makan, paling tidak pun kalau lauk habis mesti aku suroh adik aku pergi beli mee goreng bachok kat gerai pak cik bachok.

Tapi sekarang lain, sampai cam tu sekali punya letih dan lemah. Korang ade cadangan ape-ape suplement atau vitamin ape-ape tak yang bagus dan berkesan untuk mencergaskan badan ni? Kasi berkobar-kobar sikit bila nak buat kerja ni.. Tapi please please please..kamu jagan nakal...Eh silap. Tapi please jangan la bagi yang boleh buat selera makan aku yang dah sedia besor ni bertambah besar yek..

7 comments:

eqbalzack said...

abg eq sejak study ni ambik vitamin
B-EXECUTIVE...
sesuai utk org yg selalu busy...
bila study pun semangat...kurang stress...
boleh beli kat watson/guardian..
try 30 biji dulu...

Kancilbiru said...

Inner shine.....lalala sambil nyanyi2...bagus ni..dah try..cargas!~

Aini said...

Kancilbiru : Ye ke berkesan? kena try nih..

eqbalzack : Wokeh, akan ku survey kay watson.

Nazz@Purple said...

Herba life bagus..

padin said...

salam, hehe

nak sentiasa cergas ek? ok, cuba amalkan tips ni hehe

http://padinno.blogspot.com/2010/06/kaedah-3-dalam-1.html

kalau xberkesan, tolong jerit kat aku semula ya.. selamat mencuba hehe

aini said...

padin : Tips tu boleh membawa padah..Tak pasal kena gigit anjing gila..haha

Ash said...

Cubalah Usana, ia yang terbaik di dunia sekarang nie. Klik sini untuk artikel mengenai Usana

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails