Followers

Saturday, June 5, 2010

Blogging Malam Minggu

Sabtu malam minggu. Orang kata kalau mengadap laptop jek time-time macam ni, macam takde life langsung. Bawak-bawak la pegi berjalan, makan-makan ke ape kan mengisi malam minggu macam ni.. Hallaaaa... Gini la nasib. Melepak je la depan laptop sambil layan Majalah 3..huhu

Memikirkan apa yang nak dibebelkan malam minggu begini. Seronoknye la kalau dapat menulis entri yang sekreatif zack zuhairi atau mengulas sesuatu secomel hanis zalikha. Santai, selamber dan menarik perhatian. Menarik, tertarik dan debom.

Seronok juga kalau dapat menulis berkongsi pengetahuan dan info blogging macam kak kujie yang pemurah dengan ilmu tu. Best. Dia pernah tegur secara personal ke email aku dan buat aku pasang contact form sepantas kilat kat blog ni lepas tu..hehe. Thanks kak jie..

Macam-macam gaya orang menulis blog. Begitu begini, masing-masing ada tarikan tersendiri. Teringat dulu-dulu masa mula ada niat nak buat blog. Selalu pikir, ade ke orang nak baca blog aku nanti, tak kan nak tulis semua yang aku buat kat dalam blog ni..

Tu dulu.. Sekarang, bila jari dah mula rancak menari pada keyboard, baru tahu berblog bukan sekadar menulis tentang diri sendiri sahaja.. Macam-macam isu boleh dikongsi, macam-macam ragam boleh di ulas, macam-macam perkara boleh menjadi bahan..

Membina jalinan persahabatan, komuniti bloggers yang sangat friendly, cerita dari blog lain yang mengeletek dan mengembirakan hati, komen dan respon dari pembaca yang menaikkan semangat berblog semuanya menjadi punca jari terus menari pada keyboard ini... =)

Paap! Nyamuk mati penyek di lengan kanan aku. Menandakan aku harus berhenti membebel lalu menarik selimut dan tidor..huhu.. Selamat malam semua.. =)

p/s : Tertanya-tanya siapa yang rajin search blog ini dengan keyword ainin_87?

3 comments:

EYANG RESI 313 said...

Berjalan menelusuri arus angin malam yang dingin membuat hatiku
teringat akan cipta karya sahabatku.Menikmati sajian sahabat di malam
hari sehangat pengetahuan

Didi Nadhirah said...

semestinya la bukan sy yg rajin itew...tp sy si cantik rajin ke blog kak aini

Linglung said...

derr..kesian nyamuk tuh. moga beliau mati dlm iman..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails