Followers

Monday, June 7, 2010

Hujan Di Pagi Isnin, Rasa Nak Jadi Kepompong


Selamat pagi isnin yang indah. Celik je mata hujan bukan main la lebatnye. Turun bawah untuk mandi, tengok si adik sedang menjadi kepoppong dalam selimut, bukan main lagi melengkungkan badan macam udang dibalik selimut. Mentang-mentang cuti sekolah dah mula, eksyen ko yek.

Dalam kereta menuju ke office, terpejam-pejam mata ku ini mengambil feel mengantok, tambah pula dengan hujan lebat yang mengiurkan untuk tido ini. Hujan di pagi isnin memang sangat meragut semangat hendak bekerja betul kan.

Sampai office pukul 8.10 pagi. Cik kerani belum sampai lagi oleh itu office pun tak bukak lagi. Terkebil-kebil lah aku depan office setengah jam. Mengantok tak hingat kan.. Bukan tak cukup tidor tapi penangan hujan itu memang tak boleh nak lawan la.

Seronoknye jadi budak sekolah di kala ini... Boleh tak nak tukar jadi budak sekolah. Bertukar sampai habis cuti sekolah ni jek. Bleh bangun lambat... Nanti dah naik sekolah, jadi pekerja macam biasa semula...huhu =)



4 comments:

Artzlizan said...

masuk la skolah balik...mana tau kot diterima

myQza said...

melaka x ujan tp mendung!

zack zukhairi said...

baca komen ini sambil praktikkan satu-satu. ok? ready?

ehem2...angkat tangan kiri ke atas. tangan kanan pulak cekak pinggang. kepala dongakkan ke langit dan jerit kuat-kuat "bertukar!!"

keh keh keh.

scara otomatik ang akan btukar jadi kekanak.

Aini said...

princeduyong : Nak jadi budak sekolah time cuti sekolah jek la. Oleh itu tidak perlu bangun pagi ke sekolah apetah lagi kerja =)

sI tEDI : berarak mendung kelabu ke JB, semoga malam nanti hujan selebt-lebatnye =)

zack zukhairi : Wah abg jepun komen blog sye! hehe... Dah buat..tak bertukar ponnnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails