Followers

Tuesday, June 15, 2010

Cuti-cuti Langkawi - Tasik Dayang Bunting


Lai lai cerita pasal langkawi. Sempena cuti sekolah ni aku ikut rombongan family day KRP, utm tempat abang aku kerja. Kitorang bertolak khamis malam, naik bas. Rombongan 2 bas ni. meriah sungguh. Mak budak, bapak budak, budak-budak lagi la havoc. Selagi tak gelap bas tu, selagi tu la budak-budak tak reti duduk diam, melompat, melalak dan sewaktu dengannya.


Baik, mari baca cerita bergambar ye kawan-kawan. Sampai jeti Kuala Perlis dalam pukul 10 pagi, kemudian naik feri ke langkawi pukul 10.30 pagi. Gambar dalam feri tak ade. Sampai hotel The Baron Resort je terus makan. Then pukul 2.30 petang bersiap untuk pergi pusing-pusing pulau naik bot... Ni syok!

Ni gambar masa keluar dari hotel nak naik bot la ni. Jalan kaki jek, dekat bebenor. Dari kiri, bakal kakak ipar, mak, abang dan aku si gemok. Adik kecik aku mane? Dalam laut? Oh tidak, dia telah di lantik menjadi cameraman pada petang itu..Muahaha...

Sekali lagik bergambar sebelum naik bot. Antara lokasi yang kami pergi dengan bot itu ialah pulau beras basah, tasik dayang bunting, tempat helang gila banyak, dan pulau-pulau kecil lain sekitar Langkawi. Tapi bagi aku yang paling best ialah tasik Dayang Bunting.

Ok ni gambar sebelum turun dari bot nak masuk tasik dayang bunting. Cuba perati bukit kat belakang aku tu. Bentuk orang bunting yang sedang baring. Ada kepala, ada dada, ada perut dan kaki. Dari situ la tasik dayang bunting ni mendapat nama. Kisah dayang bunting yang semadikan anak dia dalam tasik ni korang search la sendrik kat google...huhu

Serius cakap, aku suka sangat-sangat tasik Dayang Bunting tu. SubahanaAllah, cantik dan tenang sangat-sangat tempat tu. Ok gambar cari kat google kat bawah ni view dari atas mungkn dari helikopter tasik dayang bunting ni. Tasik di tengah-tengah lautan. Di kelilingi bukit batu kapur yang hijau.. memang cantik sangat-sangat.


Untuk pergi ke kawasan tasik tu, trek dah disediakan tapi memang kena redah hutan dan naik turun bukit sikit la. Orang tua memang tak larat la.. Mak aku pun mengah-mengah jugak panjat tangga punya curam..Tapi berbaloi sebab tempat dia cantik sangat.

Trek untuk ke tasik dayang bunting. Ni masa laluan landai, ade mood lagi nak tangkap gambar, bila dah sampai tangga curam, tak larat dah pegang camera..haha. Ko tengok dua ekor beruk tu buat ape? Cari kutu kat bontot! Siap tonggeng lagi nih.

Jeng jeng jeng... Akhirnya sampai juga ke kawasan tasik dayang bunting ni. Kat sini ada di sediakan untuk beriadah ape benda ntah yang macam basikal yang kena kayuh dalam air tu.. Selain tu, kita juga boleh berenang dalam tasik ni dalam area yang telah dibataskan. Kanak-kanak pun boleh berenang, ade tempat khas untuk diorang.. Best woo...


Muka puas selepas penat lelah menaki tangga curam. Dapat rendam kaki dalam tasik dayang bunting sambil mengadap bukit menghijau itu sungguh nikmat. Memang sangat menenangkan minda tau.

Aku pun tidak melepaskan peluang merendam kaki sementara tunggu si budak kecik sakan berenang dalam tasik. Nak join sama tak bawak baju lebih pulak..huhu. Baik lah, setakat itu entri langkawi untuk kali ni, lain masa aku sambung pasal langkawi part 2 plak okeh... =)


7 comments:

v!vi@n said...

nice photos...i like the tasik one..omg..so beautiful!!!

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

perh,,..seronoknye ...dah lame ngidam nak p at tasik dayang bunting tu tau..nak redah2 hutan macam tu..nak nek mende alah yang kena kayuh macam beskal tu..haihh...seronoknye..tapi bile tah rezeki nak dapat p sane...wuuuu...jeles nih..hehe

TOLANIC said...

Sungguh indah pemandangan tasik

Fina Fento said...

tengok tajuk ada langkawi je klik teross..hehe..
yes, tasik dayang bunting memang best :D

hajarus said...

cantik2 pic2 nyer... ;d

ASaDa RyutaRo said...

wallaweh!! sangat cantik view tasik dayang bunting.. dulu pergi takde jenguk kat situ.. adeh!

nti nak pegi lagi melawat ke tasik dayang bunting plak.. cam best!

Nazrin Mutalib said...

Mmg best...berenang dan tasiknya mmg dalam...kalau kt kl ni mandi tasik naik3 mesti bawu hanyir...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails