Followers

Wednesday, June 30, 2010

Aku Mintak Maap Sang Kura-kura =(

Beliau

Selepas melihat gambar penyu kat blog kak noj, tiba-tiba aku teringat kura-kura peliharaan aku kat rumah tu. Baru aku teringat dah berapa minggu aku tak tukar air dan basuh akuarium habitat beliau itu.

Oleh kerana habitat beliau itu letaknye di depan pintu rumah, maka setiap kali pulang dari kerja aku memang tak lupa bagi dia makan cekedis kegemaran beliau. Namun begitu, oleh kerana aku keluar pagi dan balik dah maghrib, selalu lah terlupa nak bersihkan habitat beliau yang sudah bertukar hijau itu.

Sekarang, aku dah mula risau. Adekah hidup lagi kau sang kura-kura di rumah sana? Aku mintak maaf kerana mengabaikan kau.. Kesiannye kau. Walaupun aku pernah tuduh kau makan anak ikan adik aku, tapi aku tak pernah benci kau tau. Cuma kebizian aku buat kau sedikit terabai sampai ayah suruh buang kau kat sungai je.

Aku janji balik kerja ni aku terus bersihkan akuarium itu okeh.. <--terus setting reminder kat henset =)

Oh ye, kat sini gambar beliau masa kecil. Dan ini pula entri aku menuduh dia makan anak ikan adik aku.

5 comments:

..nOj.. said...

heheh. dh lama takde cite kura2 ni kan. dulu last yg pasal dia makan ikan tu je. eh betul ke dia yg mkn ikan tu. ke ikan tu termasuk kt cengkerang dia tu. dh try cek?

kodok hijau the ghost writer said...

jangan sampai ada anak sendiri pon lupa nak mandikan hahahaha


nota tapak kaki: kenapa org suka bela, kura kura, kucing, burung..tak ada ke oghang bela kodok.. sedey ni.. kau tak bela aku ker?

JMR said...

kesian kura-kura itu..hehehehe...cepat2 tukr air habitat dia..ninggal kan nyesal lak..hehehhehe

suzzsuzie said...

kenapa kolam kura2 cepat kotor yer?

zulkbo said...

salam..
jangan marah ke dia
kesian nampok.he he

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails