Followers

Monday, June 7, 2010

Sakit Gigi Itu Sedap Kan


Sakit gigi wooo... Seksa sangat. . Macam bengkak je pipi ni aku rasa. Tapi bila pegang tak de pulak benjolan bengkak. Mungkin bengkak suda bercampur dengan ketembaman pipi kot. Adoi la... Tapi sakit aku, sakit lagi Ifa Raziah yang kena pukul dengan adik dia guna helmet baru-baru ni kot..

Ade ke patut pukul perempuan, kakak sendiri lagik tu yang di belasah. Ape punya jantan. Tak jantan sungguh. Bergaduh pasal hutang arwah mak mereka yang baru meninggal dunia tu. Tak tahu la kisah sebenar, tapi itu la yang aku baca. Ape pukul-pukul orang, kasi setel baik-baik la deyy..

*******************************************

Sambung kisah sakit gigi aku. Sakit bukan main ni. Orang kata gigi bongsu nak tumbuh. Haish.. Aku pun tak tau berapa banyak gigi bongsu nak tumbuh. Dah berapa kali dah sakit macam nih. Takut gigi berlubang jek. Tapi rasenye tak kot.. Sebab yang sakit memang betul kat gusi dalam hujung sane nun..

Tak nak lobang-lobang ni. Lobang-lobang ni kang kena gi klinik cabot pulak.. Tidakkkkk... Tak mau. Ngeri tau. Aku memang tak pernah pergi klinik cek gigi nih. Takot. Masa sekolah time ade rawatan gigi tu jek la aku pergi. Correction..
Terpaksa pergi..hehe.. Pernah la gigi lobang sikit, so kena tampal jek la masa sekolah tu.



Kenapa takut sangat aku ni? Macam ni, ade hari tu my mak sakit gigi. Dia memang berani, tak nak tanggung sakit lama-lama, so pergi klinik nak cabut jek. Sekali, doktor cabut tak habis, tinggal separuh dalam tu. Adoi la darah tak usah cakap. Gila sakit mak oii.. Sampai demam-demam mak aku. Aku yang tengok mengeletik macam aku yang sakit.. Over kan.


Sejak tu memang aku nekad tak nak la pergi klinik gigi, nak jaga gigi betul-betul, jangan sampai berlubang, jangan sampai terpaksa pergi klinik gigi, kena cabot. Nehi.. Nehi.. Nehi.. Memang jaga betul la. So dapat aku simpulkan disini sakit gigi ini memang sebab gigi bongsu la. Tak de lobang-lobang, nak kena cabut bagai kan... Yakin! Lalalalala~

3 comments:

..nOj.. said...

heheh kesian. mesti rase nk terajang org je kan. beli colgate yg baru tu. sapu kt gigi. lega sket. tgk ni...

http://nojj.blogspot.com/2010/05/colgate-sensitive-pro-relief.html

annadzirah said...

samalah.
sakit gigi gak ni.
rasanya gigi rosak.
uwwaaa..
nak makan pun xselesa.
):

kodok hijau the ghost writer said...

suka sangat makan manis tu yang sakit. kalau tak nak sakit gigi ada petua.. pakai gigi palsu hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails