Followers

Friday, June 4, 2010

Teletubies Yang Comel Aku Rindu


Siapa yang kenal dengan geng Teletubies? Tak kira budak-budak, mak budak mahupun bapak budak zaman cerita teletubies tengah popular yang pernah layan cerita ni secara rela atau tak rela kerana remote tv di kuasai oleh anak-anak mesti ingat geng Teletubies yang comel ni kan?

Tinkie Winkie, Lala, Dipsi, Poe.... Comel gila. Tiba-tiba aku teringat dan rindu budak-budak comel ini. Terus google gambar mereka yang comel ituh.. Aku pun tak ingat masa umur berapa cerita teletubies ni popular. Masa sekolah rendah ke sekolah menengah. Tapi aku memang layan la..hehe =)


Rancangan untuk kanak-kanak ni best dan menarik la aku rasa. Sampai aku hafal lagu dia, step-step dia nak masuk rumah, barang kegemaran setiap sekor ni. Poe dengan basikal dia tu, lala dengan bola, dipsy pulak ade topi dan tinkie winkie ade beg merah..


Tengok rumah diorang yang sangat comel tu. Nak masuk dalam rumah tu nanti kena lalu lubang dan akan terus jatuh dalam gelongsor.. Dalam rumah diorang ade katil dan selimut yang comel yang tak padan dengan badan diorang, ade vacum yang boleh bercakap dan mesin buat cookies..huhu


Comel kan diorang. Paling suka part akhir sekali setiap episod yang mana diorang akan nyanyi dengan comel berjoget di sebalik bukit. Last sekali matahari comel yang sedang ketawa kiut pun hilang di balik bukit...


Lepas tu akan keluar suara sebelum sekor-sekor masuk rumah diorang yang berbentuk bukit hijau melalui lubang.... Bye bye tinkie winkie, bye bye Dipsy, bye bye Lala, bye bye poe.... Huhu..suare poe la paling cute sekali kan...


Dah tak ade dah kan cerita Teletubies yang comel ni. Rindu nak tengok la...huhu.. Tak pasal-pasal keluar entri comel di hari jumaat yang mulia ini..hehe =)

4 comments:

♥ cik mija ♥ said...

hello.dipsy.lala..uhuhukk..lupa2 dah nama mereka

kodok hijau the ghost writer said...

teletubies tu bukan kodok ker?

sI tEDI said...

pernah cari kat youtube untuk anak buah aku tgk terkeluar budka ni. baru aku tahu nama dia.
katu2n ni aku mmg jarang sket

Athirah Ibrahim said...

ahahahaha. dulu masa kecik peminat teletubbies. beli vcd, beli patung. dah besar ni pun masih minat. teeheehee. mereka sangat comel :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails