Followers

Tuesday, June 22, 2010

Cara Menukar Template & Design Blog

Wah aini sekarang.. Dah pandai nak bagi tutorial cara tukar template blog la pulak sekarang kan. Haha.. Tak pandai la, entri ni khas untuk Zaharah yang request entri pasal tukar template blog. Sambil-sambil tu mana-mana yang belum tahu boleh la mengambil sedikit pengetahuan kat sini yek.

Baiklah, untuk menukar template blog ada 2 cara lah, samada korang terus mendownload template-template sediada yang berlambak kat website dan boleh dijumpai dengan carian google seperti di website berikut :

http://blogger-templates.blogspot.com
http://blogskins.com
http://blogtemplate4u.com
http://btemplates.com
http://finalsense.com/services/blog_templates
http://free-blogger-template-layout.blogspot.com
http://freeblogtemplatess.blogspot.com


Atau dengan menggunakan Template Designer yang telah pun disediakan oleh blogspot. Cara-cara untuk menggunakan blogspot Template Designer adalah seperti berikut ye kawan-kawan.


1. Masuk ke dashboard blogspot korang menggunakan akaun korang sendiri. http://www.blogger.com/home


2. Pilih menu Design seperti yang ditandakan kotak merah pada gambar di atas.

3. Paparan seperti berikut akan keluar, kemudian pilih menu Template Designer seperti yang ditandakan kotak merah dalam gambar di bawah.



4. Blogspot akan memaparkan Blogger Template Designer seperti gambar di bawah. Bahagian atas merupakan option yang akan kita gunakan untuk mengedit template blog kita sementara bahagian bawah memaparkan paparan sebenar kepada blog kita. Sebarang perubahan yang kita buat akan terus dipaparkan .

5. Tengok pada bahagian yang ditandakan kotak merah pada gambar di atas. Itu merupakan option yang boleh kita ubah untuk mencantikkan blog kita. Terdiri daripada Template, Background, layout dan Advance.

6. Klik pada template, kemudian pilih template yang dimahukan. Bahagian bawah akan menunjukkan template blog kita berubah mengikut apa yang kita pilih. Senagkan?


7. Kemudian pilih pula Menu Background seperti dalam kotak merah di bawah.


8. Kat sini kita boleh tukar background kepada template kita tu. Punyalah banyak pilihan, pilih je mana suka.


9. Kemudian pilih pula menu Layout. Pilih je layout mana yang kita nak.


10. Lastly kat menu Advanced, kita boleh tukar tulisan dan warnanya mengikut kehendak kita lah.
11. Bila dah selesai menghias blog tu, klik button kuning kat penjuru atas sebelah kanan tu untuk apply dan save template yang korang design tadi.


12. Selesai... =)

7 comments:

Zaharah said...

thank noi..
zara ngah mencuba utk tukar :)

hajarus said...

bagusnyer siap turunkan ilmu... ;d

suzzsuzie said...

nasib baik jumpa blog ni..lepas ni nk tukar template la...maklumla baru je berjinak2..tak reti apa2 lagi..thanx a lot

affiqah zulkifly said...

dah byk kali try tukar template blog tapi still tak leh arr. geraaam btol! :(

najib said...

sudah tahu mengenai tukar template blogspot,cuma nak tahu nak tukar template mengunakan template luar blogspot?

PwEnCeSt FiZa said...

sy dh byk kali guna template designer..tp bile dh apply di blog ttp kosong sje...xde layout yg dipilih yg ade cume layout kosong.....knape ye?

Admin said...

best ah, dapat belajar sikit2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails