Followers

Thursday, June 3, 2010

Kucing Cuba Selamatkan Kawannya Yang Eksiden - Serius Sedih Tengok



Jumpa video ni kat facebook. Mula-mula nampak macam kucing tu tengah mengawan. Tapi bila tengok sampai habis, memang kucing putih tu nak selamatkan kawannya. Ya Allah, memang menyentuh perasaan betul bila tengok video ni. Nampak kucing tu berusaha nak bangunkan kawan dia tu.

Tengok.. Kucing pun ade perasaan sayang... Sampai menyentuh perasaan aku sebagai manusia ni.. Tengok je muka kucing putih tu yang sedih tu aku aku sendiri dah boleh rasa kesedihan dia.. Menurut penerangan kat video ni, video ni dirakamkan kat turkey yang mana kucing tu dilanggar kereta.

Teringat kucing aku dulu si tam. Baru beranak. Biasalah kucing ade anak kecik kan suka nak pindah-pindahkan anak dia. Satu hari dia bawak anak - anak die keluar, konon nak pindah lah.. Kitorang tak perasan masa dia gongong anak dia tu. Lepas tu si tam ni balik sorang-sorang, mengiau tak berenti kat kaki mak aku. Gelisah habis si tam ni

Dia pangill mak aku ikut dia ni.. Keluar masuk umah ajak mak aku ikut dia sambil mengiau.. Then mak pun ikut la. Die lari-lari bawak g tepi longkang. Rupenye nak tunjuk kat mak aku anak die jatuh dalam longkang tu. Patut la dia gelisah.. Nasib baik tak hujan, kalau hujan memang hanyut la anak dia tu.

Mak aku pun amik la anak dia tu sambil bebel kat tam. Tu la, berlagak sangat. Orang dah jage anak ko elok-elok kat umah ko bawak lari. Lari-lari sampai jatuh longkang anak ko kan.. Dah susah, tau pulak panggil orang suro amik anak ko ek.. Tam buat muka sedih. Tobat la tu tak nak buat lagik.

Moral of the story...

Kucing pun ade perasaan sayang, tau sayang anak dan yang PENTING, kucing berusaha nak selamatkan anak dia yang jatuh longkang, tapi manusia berhati shilake sangup buang anak dalam longkang!

7 comments:

Nabiel said...

haiwan pn ade prasaan syg~
sayu jek tgk kucen nie..isk..iskk..

MISH LOLIPOP said...

sedey beb..tp kucing kt umh ak jhat..ska berak dlm umah..geram btol

Zulaikha Mohamad said...

sedey nye.. btol2 nmpak sedey muka kucing tuh.. :-(
still duduk sblh kwn dia.. teringat plak kucing I dulu.. :-(

kacang said...

sedih tengok muka kucing tu=(

Zalikha Nashuha Hashim said...

haiwan pun memiliki hati semulia ini..

Wanie said...

kesian die tak larat angkat kawan die .

putra said...

wow keren ternyata kucing ajah punya perasaan ya. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails