Oleh kerana habitat beliau itu letaknye di depan pintu rumah, maka setiap kali pulang dari kerja aku memang tak lupa bagi dia makan cekedis kegemaran beliau. Namun begitu, oleh kerana aku keluar pagi dan balik dah maghrib, selalu lah terlupa nak bersihkan habitat beliau yang sudah bertukar hijau itu.
Sekarang, aku dah mula risau. Adekah hidup lagi kau sang kura-kura di rumah sana? Aku mintak maaf kerana mengabaikan kau.. Kesiannye kau. Walaupun aku pernah tuduh kau makan anak ikan adik aku, tapi aku tak pernah benci kau tau. Cuma kebizian aku buat kau sedikit terabai sampai ayah suruh buang kau kat sungai je.
Aku janji balik kerja ni aku terus bersihkan akuarium itu okeh.. <--terus setting reminder kat henset =)
Oh ye, kat sini gambar beliau masa kecil. Dan ini pula entri aku menuduh dia makan anak ikan adik aku.