Followers

Monday, June 14, 2010

Ulat Bulu Naik Tudung - Tak Naik Daun Lagi Dah Sekarang


Selamat kembali dari bercuti kepada diri sendiri dan selamat lunch kepada korang semua.. Mood nak bercerita pasal percutian ke Langkawi memang ada tapi masih belum ada kesempatan untuk mengarang entri. Lagi pulak Gambar pun belum habis transfer ke komputer.

Berbalik kepada tajuk. Ya.. Dunia dah maju.. Ulat bulu pun pandai pilih tempat nak landing. Bukan setakat daun, sekarang atas tudung awek pun dia dah pandai landing. Padahnya jari aku yang bengkak gatal serta miang akibat penangan ulat bulu.

Macam mana boleh kena ulat bulu? Ni masa kat Langkawi lah. Syok sangat berjalan masuk gua kelawar bagai, keluar-keluar gua dapat cenderahati berupa brouch ulat bulu hidup atas tudung. betul-betul atas kepala. Akibat terperanjat, dengan tindakan reflek aku pun cuba menguis ulat bulu tu dengan jari.

Hampeh. Ulat tak jatuh, tapi bulu melekat kat jari. Apa lagik, melompatlah. Mak cik penjaga gua suruh gosok jari tu kat rambut. Aiseh, terus rambut abang aku jadi mangsa. Cuak jugak dia masa tu, takut bulu tu melekat kat kepala dia pulak. Adik lelaki aku awal-awal dah larik! Takut rambut dia jadi mangsa..haha

Si budak yang larik di depan pintu gua

Walaupun dah gosok asam limau pada jari ni mengikut arahan makcik penjaga gua, tapi sampai hari ni masih terasa lagi kegatalan dan bisa. Ada sesiapa tahu petua nak menghilangkan kesan ulat bulu ni?



5 comments:

Eliss said...

memang gosok kat rambut la petua mak eliss ms kecik2 dulu :)

Anonymous said...

pergh. dasat ye gatal ulat bulu neh. i ingt kejap je kegatalan dia.

..nOj.. said...

hehehe. bengkak2 tak. mesti gatal tak ingat kan. xtau gak la ape petuanye. sapu kat rambut je rasenye. lain2 petua x penah plak dgr

Mr. Asada said...

spatutnya masa kena tu kena gosok kat rambut yg tak berminyak.. kesian.. sabor je la.. karang sembuh jugak, x bisa sangat rasanya..

try minyak gamat. err.. tak tau la berkesan ke tak utk kegatalan.. hihi =P

si dia said...

mintak ubt gatal kt klinik..hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails