Ini kerja gila. Sangat ngeri aku aku tengok. Lepas ni nak mintak teh O kat kedai bawah office ni pun mesti teringat-ingat kes ni. Alahai apelah nasib. "Tragedi Secawan Teh" yang aku baca kat Harian Metro tadi buat aku terkesima sekejap. Tak tahu pihak yang mana bersalah, pelanggan atau peniga tu. Pada pandangan aku, mungkin kata-kata si pelanggan tu terlalu kasar dan menyebabkan si peniaga hilang sabar. "TANAH MERAH: Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.
Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.
Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.
Akibatnya, air panas terbabit tercurah di kiri badannya menyebabkan dia melecur teruk sehingga kulit tertanggal dan kemerahan seperti udang dipanggang. " Baca seterusnya>>
Gila tak gila la kan sampai macam tu punya melecur dia kena. Kita yang tengok ni pun ngeri, apa lagi yang menanggungnya. Tak kira la salah siapa pun, moral of the story kat sini, budi bahasa budaya tu kita dan sabar itu separuh daripada iman.