Followers

Saturday, January 9, 2010

Nasihat Orang Lama

Hari tu hati ada sedikit kacau. Jadi balik dari office tu terasa nak pergi mencici-cuci mata kat Jusco kejap. Jalan punya jalan, keluar dari jusco tengok hari dah gelap, badan pun dah naik penat so aku decide nak naik teksi je bagi cepat sampai rumah. Tak larat naek bus. Dalam suram-suram malam tu naek je la salah satu teksi yang beratur kat Jusco tu.

Dalam teksi, pakcik teksi tanya, "awak kerja lagi kat taman teratai tu ke?". Aikk..aku buat muka pelik. "Pakcik kenal saya ke? Saya tak kenal pakcik pun". Hehe..aku menjawab. "Ala pakcik dak berapa kali hantar awak la, awak je tak ingat." Hambik ko.. "Mak awak masih menjahit baju lagi ke?" Tanya si pakcik lagi. Aku mula sengih. Haha..ni la banyak mulut sangat, semua ko cerita bila orang tanya, sampai ko pun dah lupa dengan siapa ko bercerita.

"Masih pakcik..." Aku jawab. Lepas tu kami pun berborak tak berhenti sampai la kat rumah aku. pakcik ni sangat suka menasihat. Macam-macam nasihat kat aku. "Mak ayah ni tak pernah mintak balasan dari anak-anak die, kite sebagai anak kena sentiasa ingat kat diorang, jangan malukan diorang, senangkan hati diorang, jangan susahkan diorang, itu pun dah cukup bagi mak bapak kita tau." Kata si pakcik. Baik pakcik, saya ingat... =)

Sebelum sampai rumah, sempat lagi pakcik tu tanya, "awak bila nak beli kereta, asyik naek teksi je.. " . Hehe..Iye pakcik coming soon. Cetttt.. bawak kereta pun penakut, cam ne nak beli kereta? Bayangkan kalau bawak kereta tu aku rasa macam semua kereta nak langgar aku tau. Divider jalan yang tak bersalah pun aku rasa macam nak langgar aku jugak bila aku bawak kereta. Alasan! Dasar pengecut perempuan nih..haha

~p/s: Entri ini sedikit sebanyak menunjukkan kebodohan aku dalam memandu kereta. Tak pe, semua orang terdekat aku pun tau kebodohan aku nan satu ni, so ape salahnya korang plak tau kan? Hahaha....malu =(

6 comments:

Armyrule said...

bagus btol pak cik tu...ala, klu xreti bwk keta xmengapa...pengangkutan awam byk kan...klu bleh bwk keta tu satu kelebihan la

zack zukhairi said...

bukan kebodohan..just belum tiba masa je. kalau terdesak, boleh je kau drive sebenarnya.

bellar0ssa said...

hehe.pakcik sound suh beli keta.dia nak tumpang sekaki t.hehe.. bagosnye dpt pakcik teksi yang baik cmni.

aisha wUtevA!! said...

salam singgah,

esok kite baru nak amek lesen kete.
adddeehhh..
tkot ek bawa kete??
huks, tetibe rsa sedikit risaw. adeehh

sI tEDI said...

ekekekekke.. kena beranilah!

nur 'adli azhari said...

makin tua makin berisi ilmunye!

kne tex=st bwk keta la...sket2 lama beranii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails