Followers

Monday, January 11, 2010

Nak Jadi Cikgu Boleh dak?

Dalam hati ada satu rasa. Rasa yang sangat kencang. Semakin kencang akhir-akhir ini. Hati berkata "AKU MAU JADIK CIKGU".

"Kalau betul nak jadi cikgu kenapa lepas SPM tak terus apply cikgu? Atau kenapa masa sambung degree dulu tak pilih jurusan pendidikan, atau apply terus masuk UPSI? Haa?? Nak jadi cikgu sebab terdesak sebab susah dapat kerja ke, sebab tak dapat-dapat kerja yang relate dengan course yang korang amik masa kat kat universiti? So korang pun sibuk la nak apply jadi cikgu pulak sekarang padahal korang tak de pun perasaan nak jadi cikgu sebenarnya kan.."

Someone kat satu online forum telah memberikan statement ini kepada mereka-mereka yang sibuk nak mohon KPLI dan DPLI lepas habis degree (aku termasuk sekali la ni..) Amboi..pedasnye statement.. Tak semua yang nak mohon DPLI KPLI tu macam tu. Macam aku ni, sebelum konvo lagi dah dapat kerja yang relate dengan course yang aku ambil kat UTM dulu sampai sekarang masih bekerja. Tapi dah perasaan nak menjadi cikgu ada dalam jiwa ni nak buat macam mana kan..

Aku tau jadi cikgu ni bukanlah satu yang mudah. Ia membabitkan soal tanggungjawab dan kotmitmen kan. Tapi aku suka jugak. Suka nak dikelilingi budak-budak. Hari ni sedang aku blogwalking, terbaca entri ni kat blog
ASaDa RyutaRo. Sangat la aku teruja dan mula berangan-angan. Haha.. Best gile baca pengalaman dia jadi cikgu. Aku pun nakkkkkkkk...

Tapi malangnya Iklan permohonan untuk DPLI dan KPLI untuk tahun 2010 ni tak akan dikeluarkan sehingga la bila ada keperluan je. Sebab ape? Pasal ape? Banyak sangat sebab dan khabar angin yang aku dengar dan baca, aku pun tak tau yang mana satu betul sebenarnya.. Haish..mengeluh aku... Tak dapat la ni nak jadi cikgu buat masa terdekat ni kan ? Alahai....

Nak jadi cikgu sandaran pulak boleh je mohon, banyak kosong ni. Tapi masalahnya tak tetap pula. Tamat kontrak cikgu sandaran nanti, sape pulak nak amik aku kerja kan...huuuuu

p/s : Siapa yang nak mohon untuk jadi guru sandaran boleh apply online kat sini >> Sistem Permohonan Guru Sandaran Tidak Terlatih <<. Tapi ni khas untuk negeri johor je tau. Ni fresh graduate yang belum dapat kerja bagus ni mohon.

16 comments:

Didi Nadhirah said...

apply la jadi lecturer mcm fana tu hehehehe....pengajar jugak

Jom Masak Channel said...

takpe..usaha mintak sampai dpt. hehe

myQza said...

he he he...

InsyaAllah,
suau hari nanti.

pak long said...

salam....
bagus cita-cita tu....nanti kalau dapat jadi cikgu boleh kongsi pengalaman....
moga appy selalu

Lady E said...

Salam tuan rumah.. :) Salam kenal yea..
Kdg2 tu ade jgk perasaan teringin nk jadi Cekgu..Mcm best aje..Kalo mengajar dgn ikhlas dpt pahala lg tu mengajar ank2 bangsa..Tp layak kah dakoo!? :p

AJ said...

cikgu itu kerjaya yg mulia..isteriku guru...

Great Teacher Onizuka

Iznie said...

salam...

jadi la guru...

best apa....! :)


nnti bley panggil "cikgu..."

adiwarnatasya said...

Gud Luck...All the best:)

Unknown said...

dolu2.. cita-citaku nak jadi cikgu jugak.. aleh2 dah besar xmo pulak.. elok jugak.. kite nih garang nanti lari semua anak2 murid..ngeh3x

nurul razak said...

skrang memang tough jadi cikgu..saya bakal guru jugak 2011 nanti..hee smoga bjaya apply..alert la kalau ada buka mana2 pemohonan..

Aini said...

thanks sume.. =)

Suraya I. said...

x kesa pun nk jdik ape sbnrnye..asalkan bnde tu x slh n minat..

all d best ye! =D

Mr. Asada said...

wollah~ baru terbaca entry ni.. huhu..

cmna skrg? jd cikgu? hihi =P

sangat-sangat-sangat best bila dapat jd cikgu walaupun hanya sementara..

x semua yg ambik kpli @ dpli tu d sebabkan terdesak. ada jugak yang betul2 bercita2 nk jd cikgu.. =)

Aini said...

lum ade rezeki lagi la asada... So sad.. =(

Anonymous said...

bila borang kpli untuk 2011 akan keluar

Anonymous said...

saya mau ow jdi cikgu tapi saya x lulus tmuduga hr thun lpas..so saya tsadai lah di u dgn kos yg sya tak suka..hr tu sya da minta tkar kos di u sya tp diaorang x mau...tp sya ttap berusaha untuk bljar di sini dan mohon kpli dan dpli

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails