Followers

Wednesday, January 20, 2010

Air Kelapa Muda Menggoda


Petang-petang macam ni, kalau pekena air kelapa muda pun sedap jugak kan? Kalau duduk kampung, boleh suruh pak Busu ke, sape-sape ke tolong kaitkan buah kelapa muda ye tak? Fresh gitu. Lepas tu kasi korek isi die yang lembut tu, tambah pula air batu.. peh..mengancam tul.

Tapi kalau kat taman perumahan, kawasan pejabat, haru juga nak cari pokok kelapa kan. Yang ada gerai jual air kelapa je. Tapi kebanyakannye gerai ni jual yang bukan 100% air kelapa muda. Ada yang rasa air gula je dan ada jugak yang rasa air batu semata..huhu.. Dah banyak sangat die modified air kelapa muda tu sampai dah hilang rasa original dia.

Dalam banyak - banyak gerai orang jual air kelapa kat jb ni, paling suka air kelapa kat bustand depan sekolah cina Ko Kwang kat skudai ni. Sangat kerap la beli time balik kerja tu. Bayangkan la kan, lepas penat bekerja satu hari, hirup air kelapa muda baik punya.. Peh..tak terkata la nikmatnye.

Selalu jugak bawak balik rumah sampai masa kira bajet bulanan, mak siap cakap, jangan lupa masukkan sekali kos beli air kelapa setiap hari tu. Sehari seringgit, sebulan dah bape kan? Haha..sampai cam tu sekali kena perli.. Adik pulak, kalau aku balik bawa air kelapa, mesti sound "hari-hari bawak air kelapa, beli la air jagung ke bandung ke pulak".

Tapi sekarang dah kurang dah beli.. Hehe..mane bleh tahan, mau kena kencing manis pulak nanti.. Tapi serius memang sedap air kelapa kat situ. Ni balik keje ni pun berkira-kira nak beli gak ni.. Jangan jeles.. =)

20 comments:

dilot said...

tak pernah lak perasan ada jual kat situ...hehe...boleh try beli ni...

rizputra7 said...

pergh..dah lama tak kena air nyior nie..panas2 macam nie best..

joegrimjow said...

mmg menggoda habes tuu

Aelfi said...

ni boleh order online tak? :D

Aini said...

haha.. try la jual online..

naim said...

meh ar datang kampung saya...free je..klu nak,sy panjatkan..hehe

hajarus said...

sedapnyer air kelapa muda...

tintajingga said...

kelapa muda..sedap..kalau bini muda macam mana lak ?"

Aini said...

ayak kelapa muda tiada kena mengena degn bini muda =)

sI tEDI said...

teringit nak minum air kelapa bakar!

kelapa muda dah biasa. he he he

profnotetree said...

haus lak tgok air kelapa ni.. mai segelas.. hik2

nursarah said...

air kelapa tua pun aku minum jugak...hehe

afiq said...

cis.. air kelapa mmg xleh celen.... kalah air tebu, cincau, cendol, oren blablablabla

hami asraff said...

oh agak tergoda jugak!!

adiwarnatasya said...

Sedapkan minum air kelapa muda:)
Nak2 letak ais...perghhhh nikmat aini:)
Air Kelapa Muda bgs tuk buat ubat tau...mjd penawar...:)

farhana said...

slalu kalo bli, mesti xmo taruh ais..
kalo x, ilang keaslian air 2 hehehe

Detail betul lokasi gerai jualan air 2 ya..bgus2 :)

EYANG RESI 313 said...

Salam ziarah,
Ziarah kenegeri jiran mencari informasi dan silaturahim.

Air kelapa merupakan oat penawar dari racun bagi setiap manusia yang keracunan, serta untuk menjaga kesehatan. Itulah salah satu keikmtan yang Tuhan berikan kepada manusia diatas permukaan bumi ini.

Manakala Allah memberikan kita karunia, Allah ingin kita menyadari kabaikanNya.
Manakala Allah membuat kita kehilangan Allah ingin menunjukan kepada kita kekuasaanNya yang luar biasa.
Allah menginginkan membuat kita paham bahwa Allah menampakan diriNya kepada kita dalam anugrahNya.

Kepasrahan adalah keputusan sikap untuk tidak melakukan kesalahan yang sama seperti yang dilakukan pada masa lalu Jadikan kehidupan ini menjadi sesuatu yang lebih positif dan menyenangkan. Bahwa Hari esok akan lebih baik dari hari sekarang

Cerahkan hati dengan pancaran sinar Illahi
Tebarkan kedamaian dengan cinta kasih dan kelembutan.
Tetaplah berkarya mengisi kreatifistas dengan pancaran cahaya Illahi
Karyamu tetap dinanti.......

SuRayA^i. said...

tbe2 br tringat da lme x minum air klape~~ T__T

kisahsensasi said...

minum air kelapa nie memang bagus untuk kesihatan..... hmmm tetiba je rasa haus....

Eye_nee said...

Minun pulak time tghhari..pergh!!!!!sejuk jer....kene ngan isi lembik tu..uih tak leh nak ckp lah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails