Ini kerja gila. Sangat ngeri aku aku tengok. Lepas ni nak mintak teh O kat kedai bawah office ni pun mesti teringat-ingat kes ni. Alahai apelah nasib. "Tragedi Secawan Teh" yang aku baca kat Harian Metro tadi buat aku terkesima sekejap. Tak tahu pihak yang mana bersalah, pelanggan atau peniga tu. Pada pandangan aku, mungkin kata-kata si pelanggan tu terlalu kasar dan menyebabkan si peniaga hilang sabar.
"TANAH MERAH: Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.
Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.
Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.
Akibatnya, air panas terbabit tercurah di kiri badannya menyebabkan dia melecur teruk sehingga kulit tertanggal dan kemerahan seperti udang dipanggang. " Baca seterusnya>>
Gila tak gila la kan sampai macam tu punya melecur dia kena. Kita yang tengok ni pun ngeri, apa lagi yang menanggungnya. Tak kira la salah siapa pun, moral of the story kat sini, budi bahasa budaya tu kita dan sabar itu separuh daripada iman.
10 comments:
yeah, budi bahase budaya kite~
sy sokonng tu koni
uikss..ngerinya..apa punya kejam la itu org..huhu
uh.. im speechless.. sy pernah kena air pns menggelegak tumpah ke bdn sy.. that time i was 2 years old.. tak terbayang rasanya mcm mana.. but the scar.. smpai skrg menghantui sy.. huhu.. ni kan segayung :'(
mmg menyeramkan la kejadian ni..tapi customer always right kan..hehe mcm mner la lepas ni..kene banyak bersabar la klu kedai tu lambat antar makanan..
tapi klu lambat sangat blah jer terus..wakaka
ish teruknya :(
tak berperikemanusiaan betul ! :(
uishh!! seram gilos! yang kene simbah tu pon marah2 nape...kan dah kene, len kali ko blah ajer. yang waiter tu plak ni kes sakit mental neh, ekeke!! kalo dah raser tak tahan kene maki, jgn le keje cenggitu ;p
pepandai jerk aku, huhuhu!!
pergh! nak sgt teh kan?
hamiik!! haha.
hehehe baru jap baca paper. dh petang baru nk carik paper kan. mmg ngeri gile la. yg buat air pun tiba2 nk jadik panas baran sgt apehal. aneh betul la...
tergelak baca komen zack. hahahaha
haha.. sukati je si zack ni kan kak noj.. Tapi pepun kesian tgok mangsa ni kan =)
Post a Comment