Semua orang ada pemikiran masing-masing, ada pendapat masing-masing ada pandangan masing-masing. Dan setiap pendapat itu selalu dirasakan betul dan terbaik oleh si pemberi pendapat. Aku juga macam tu. Tak semua benda yang orang lain buat aku setuju atau suka. Dan tak semua perkara yang aku buat orang suka. Manusia normal yang mempunyai perasaan semestinya ada pemikiran nya tersendiri yang kadang kala berbeza dari pemikiran orang lain.
Manusia itu diciptakan unik dapat berfikir dari perfektif yang berbeza-beza. Contoh yang paling simple, aku kata warna unggu itu cantik tapi bagi yang sesetengah orang warna unggu itu langsung tak cantik. Satu lagi contoh, ada orang suka tulisan berwarna warni dalam blog, ada orang lebih suka tulisan dengan satu warna sahaja dalam blog.
Kau suka, aku tak suka. Aku suka kau pula tak suka. Tak apelah, itu lumrah hidup bukan? Tapi jangan kerana kita tidak suka, tidak setuju kita terus menjatuhkan hukum, mengutuk, atau membidas mereka dengan ayat yang super menusuk kalbu. Mungkin boleh menegur dengan berhemah tanpa ayat yang menusuk kalbu..?
Aku tiba-tiba nak menulis entri ini lepas terbaca satu entri yang mengkondem/merendahkan usaha orang lain. Biarlah saudara.. Mungkin kamu rasa ia tidak perlu, mungkin kamu tidak setuju, dan itu pendapat kamu dan kamu rasa itu hak kamu untuk bersuara. Its Ok tapi tak perlu lah gunakan ayat yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Pendapat kita tak semestinya betul.
Berblog la dengan berhemah bersama-sama tanpa merendahkan yang lain. Mengulas la dengan berhemah seperti orang yang punya perasan. Hidup harmoni bersama-sama dalam dunia blogging ni. Noboby perfect..
p/s : tetiba rasa nak nyanyi sambil menari lagu nobody wondergirl...huhu =)
12 comments:
Vive le differences my friend, setiap org dgn pendapat masing2 kan?
aiseh... xbest la mcm ni. mmg x seme setuju ngan ape yg kte pikirkan, tp x elok la nk merendahkan org di public... hurrmm
setuju dengan pendapat aini =)
everyone yg ade blog ade pndpt n hak msg2 dlm menulis..
tp the way we write the entry tu sgt pnting sbb kdg2 org boleh slh intepret..
*kalau xsuke dgn entry org xpyh la bc kn..xperlulah kondem2 plk.. =)*
apa yang kita fikir tak semestinya betul dan apa yang orang fikir tak semestinya betul jugak.
discuss secara baek..
peace no war
aku pernah buat entry macam ni untuk melepas rasa pada eorang blogger yang merendahkan entry yang merapu!
bagi aku, kita punya cara dan pemikiran yg berbeza! Usah perlekehkan usaha dan tulisan org lain!
TQ. semoga ada yg membaca luahan entry kita tu!
pendapat vs pendapat ^^ haha ~
kan.. tpi hak die jugaklah.. asal jangan memekak n menyemak kt blog org lain sudah
Mmglah cam tue...lumrah dunia blogger...
yup.. berbloging juga memerlukan etika.. kita jangan merendah2kan org lain.. kena guna tutur bahasa yang betul dan sempurna.. barulah tidk melukakn hati sesiapa dan mesej pun dapt disampaikn dgn sempurna.. neway.. stuju betul.. lah dgn post ini..
actually bnde ni mmg dah lama mnjadi masalah dalam dunia blogging kan..dah mcm2 nasihat yang aku baca di mcm2 blog..tp orang yang suka menjatuhkan usaha orang lain ni mcm tak amik tau langsung pasal permasalahan ni..tu yang susah tu..hehe
semua orang Allah bagi hati
pengisian hati setiap orang tu berbeza2
Post a Comment