Followers

Thursday, January 14, 2010

Ayah pengacau

KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.

“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi . “Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.

Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.

Baca berita penuh di Harian Metro

Sedih aku baca Harian Metro pagi. Sanggup seorang anak cakap macam tu pada ayah kandung sendiri. Tak terpikir ke dia susah payah si ayah membesarkan dia dulu. Apa perasaan dia pula kalau si ayah buang dia masa dia kecil-kecil dulu ? Dunia, dunia...

16 comments:

..nOj.. said...

bodohnye manusia skang... paling2 bodo pun anto la ayah tu kat umh org tu, terjamin jugak ade org jaga dia... huh emosi tul aku mende2 camni

Iznie said...

kurang asam tol...
tak kenang budi!
nyampah + geram dgn orang camtu...lol!

Yours truly said...

inilah tanda2 akhir zaman, anak2 dah jadi tuan besar..nauzubillah..

Yours truly said...

inilah tanda2 akhir zaman, anak2 dah jadi tuan besar..nauzubillah..

AJ said...

what goes around,goes around...hargailah jasa ayah kita..tanpa dia siapalah kita...

Ada Apa Dengan Melromeo

Mr. Asada said...

eee~ aku nak maki kang.. bukan dia dengar pun..

geram ni.. aku jumpa.. lau aku jumpa.. aku bg ceramah panjang lebar kat dia ni!

*harap dia insaf la nti..

sian lak ngn ayah dia..

Didi Nadhirah said...

what he give he get back...mayb ayah die ade sejarah cenggini jugak..pasal my sedara pun ade cenggini wat mak die camtu skrg anak die wat camtu lak

Aini said...

yep..Tuhan nak balas tu bila2 pun boleh kn

adiwarnatasya said...

Anak tak sedar diuntung kan Aini:)
Ada pembalasan nnt...

angah iza said...

da pandai amik bapak dia dr langkawi,pulangkan la balik bapak nye ke langkawi...
knp di biar kan tepi jalan..
ada otak ke x? atau pon bini dia sendiri yg menghasut wat mcm tu !!

Anonymous said...

betul2..ape prasaan die klu dlu kecik2 bpk die buang kt tepi jln kan..

Love Says it All~ said...

BRIDAL MAKEUP CLASS (2-DAYS CLASS)!!

WHEN: 23RD & 24th january 2010
WHERE: EYRA RIZAL MINI STUDIO
HOW MUCH: RM500

**CLASS INCLUDING HAIR + SHAWL STYLING
**LUNCH, MAKEUP TOOLS & PRODUCTS WILL BE GIVEN
**GOODIE GIFT SUCH AS M.A.C EYESHADOWS/LIPSTICK WILL BE GIVEN(DIFFERENT GIFTS WILL BE GIVEN TO EACH AND EVERYONE OF U.)
**CERTIFICATE OF ATTENDANCE WILL BE GIVEN.

LIMITED SEATS UP TO ONLY 10PAX!!
REGISTER LATEST BY 20TH JANUARY 2010 @ 9PM

WWW.EYRARIZAL.COM
0162128740
FB: EYRA RIZAL @ EYRA RIZAL TOUCH

Fiza Rahman said...

Salam singgah aini,

Memang tak patut seorang anak buat ayahnya mcm tu. Sedih lah bila baca kisah² mcm ni.

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY said...

i mmg bengang bile benda cam ni jadik...ish..nape la skrg xjadik macam kes tanggang dulu..damn!!

zhrhtoodem said...

ya Tuhan...
sampai hati dia buat bapak dia cenggitu..
kejam sungguh.
dia hidup nih pun bapak dia tanggung dulu
kejam2..

-- tanda2 dunia berakhir?

myQza said...

MasyaAllah.. kuatkanlah hati dan imanku!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails