Followers

Wednesday, January 20, 2010

Berperang Dengan Hati


Dalam bas tadi dah berkira-kira sampai office nanti nak pekena nasi lemak ayam kat kedai bawah tu. Tapi hati pulak berkata-kata "jangan aini, jangan..kau tak sedar ke baju kurung yang kau pakai ni pun dah sempit? Kawal nafsu makan tu. Makan biskut je kat office nanti k".

Cett.. sampai hati kau cik hati mengata aku begitu. So aku pun jawab balik. "Ala tak kisah la, tengok perempuan depan tu(sambil jeling kat sorang perempuan yang badannya lebih berisi dari aku tapi tetap cute tengah berdiri dalam bas tu). Cantik je walaupun tak langsing. Boleh je pakai baju cantik-cantik. Janji jangan pakai ketat-ketat sudah la, nanti terseksa mata yang memandang. Tak kire, nak jugak nasi lemak ayam!"

Cik hati pun berkata-kata lagi. "Kau ni degil tau aini. Lantak kau la.. Malas aku layan". Sampai office, tengok-tengok dua orang cik kerani tengah minum kat kedai bawah.

Aku: "Aik minum je? Tak makan ke?" <-------teruja nak makan nasi lemak ayam ni
Kerani : "Nak makan ape, orang dah gemuk ni, nak diet" <--------- ayat menyentap perasaan!
Aku : "Ok.. naik dulu la ek.." <--------- tak jadi nasi lemak ayam lagi =(
Kerani : "Tak nak minum ke?
Aku : "Tak pe la minum kat atas je.." <---------- keciwa sudaaa..

Haish..pagi-pagi lagi dah berperang dengan hati dan perasaan..

2 comments:

..nOj.. said...

eheheh so x mkn la ni? rugi rugi. nasik lemak ayam kemain best. isshh dh mula rase nk mkn nasik lemak plak ni

sI tEDI said...

terliur melihatnyerr

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails