Followers

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor Mangkat.

Sebagai anak jati kepada negeri Johor tercinta, adalah seakan menjadi satu tanggungjawab untuk aku mengabadikan kisah kemangkatan baginda Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di dalam blog ini. Kemangkatan baginda pada 22 Januari 2010 sekitar 7 petang di Hospitar Pakar Puteri Johor Bahru semalam. Baginda telah selamat di semadikan di kawasan perkuburan Bukit Mahmudiah sekitar tiga petang tadi.

Sepanjang hari aku menonton siaran langsung upacara penghormatan terakhir kepada baginda hinggalah siap upacara pengebumian Baginda petang tadi. Kagum dengan kaum kerabat Di Raja Johor ni. Cucunda-cucunda baginda sendiri yang bertungkus-lumus menimbus makam baginda sehingga habis, mereka sendiri turun ke dalam liang bukan askar atau pembantu-pembantu yang lain. Jelas nampak betapa mereka begitu menyayangi baginda sehingga ke akhir hayat beliau. Tengku Ismail cucu Sultan Iskandar sampai lencun habis di basahi peluh masa menimbus tanah-tanah tu.

Dengan bersemadinya baginda pada hari ini, tamatlah pemerintahan beliau selama tiga dekat di negeri Johor ini.

Al-Fatihah untuk baginda

5 comments:

ezzati said...

Al-Fatihah

sI tEDI said...

Al-Fatihah dan Takziah!

Faarihin said...

Al-Fatihah untuk Almarhum.. Moga rohnya dicucuri rahmat..

wanntalk said...

lu nampak gua kat tv tak?

EYANG RESI 313 said...

Teman yang paling setia adalah syukur dan bahasa yang paling indah adalah doa.

Turut berduka cita untuk sahaba-sahabatku di negeri jiran atas meninggalnya Raja Johor Al-Fatiha....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails