Followers

Friday, January 15, 2010

Tragedi Hong Kong

Al-kisah malam tadi keluar makan dengan my sis dekat Tembaga Tomyam area Sri Skudai. Punya la gian nak makan kuew tiaw hong kong. Sampai-sampai je orang pun tak ramai, hati pun sangat la gembira sebab comfirm tak perlu tunggu order lama-lama. =)

Order pun diambil, Kuew tiaw hong kong satu, kuew tiaw tomyam satu. Jeng jeng jeng, kejap je dah siap. Sebelum makan, teruja nak snap gambar lagi. Dalam kelam-kelam malam pun nak jugak snap gambar kan. Terliuq gila tengok sotong dan udang bergelimpangan di situ dan menenggelamkan kuew tiaw.

Lepas snap gambar, dengan sepantas kilat menyuap seketul sotong ke dalam mulut. Baru nak suap sudu yang kedua, datang sorang abang ni bawak sepinggan lagi hidangan.

"Ni awak punya kuew tiaw hong kong siap.."
"Aik..habis yang saya tengah makan ni ape"
"Aiyook..tersilap la, tu kuew tiaw ladna.. Ades, patutnya orang meja sana punya.."
"Habis cam ne? Saya dah termakan sikit nih" <---hambik, makan lagi dalam gelap!
"Jap ek.." <----- sambil bawak lari kuew tiaw hong kong idaman ku itu.. Sedih =(

Lima minit berlalu, dia tak muncul-muncul lagik! Pinggan kuew tiaw ladna tu aku tolak tepi, tak nak.. nak kuew tiaw hong kong jugak. Last-last akak yang amik order datang, rupanye kuew tiaw hong kong yang si abang tu pengang dah kasi kat orang lain pulak, so aku punya tengah buat balik. Sesuka hati dia je abang ni nak kasi kat orang lain, pastu salah salah plak tu!

Perut gila lapar. Sambil tunggu, my sis sedap je menghabiskan kuew tiaw tomyam dia.


Dan aku pulak, bedal fresh orange je sampai kembong! Sampai dah nak ke titisan terakhir baru KUEW TIAW HONG aku yang betul-betul milik aku sampai.

Masa tu tak de mood dah nak snap gambar sebab perut dah lapar sesangat.. Terus makan tanpa toleh kiri kanan. Macam kebulur je kan..haha. Tak pe, yang penting hati puas dapat makan setelah lama mengidam mengalahkan perempuan mengandung..huhu =)

8 comments:

Didi Nadhirah said...

koni ni kat bahagian mana ni....

Aini said...

ala dulu kan kite pernah makan sini. Yang fana kona ngan didi kodi ske sangat nasi goreng kampung die tu... Dekat2 ngan sri puteri.

F I T said...

Kuey tiaw kung fu tak try? sdap gk??perghh heaven!

zella said...

sedapnyer makan...
sampai xtoleh kiri kanan...
heheheh

tringat plak kedai nama "bulan" kat area umah ni... lame xgi sna... ;(

..nOj.. said...

hahaha kesian betul la... kuey tiaw hongkong ni sama je ngan kuey tiaw kungfu kan... sedap tul... feveret ni

F I T said...

sama ke??kuey tiaw hongkong ni tak penah makan a..kalu kungfu pnah a makan..memang superb a.. perghh ngidam lak hehe

nur 'adli azhari said...

ingt g hongkong td!

Aini said...

Memang superb! Huhu

g hong kong dalam perut sahaje =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails