Adekah korang bekas pelajar sekolah berasrama? Sekolah Teknik, MRSM atau Sekolah Agama sekalipun. Apakah perkara jahat atau nakal-nakal manja atau pun tak jahat dan tak nakal mana tapi mampu buat korang tersengih macam kerang busuk bila teringat balik perkara tu semasa belajar di sekolah tersebut? Mesti ada kan walaupun sekecik kuman mane pun kan. Aku jua begitu. Antara perkara tersebut adalah Ponteng Prep dan Sembunyik Dalam Locker Secara Berhemah dan Bijaksana.
Pernah buat sekali jek ni seumur hidup. Mase tu memang malas sangat rase. Berkomplot dengan ateq, dan lokasinya adalah di bilik si ateq. Masa tu tengah sedap landing atas katil sambil goyang-goyang kaki, tetibe dengar suara warden menjerit dari bawah. Kitorang ape lagi, cepat-cepat bagun dari katil, cuak tak hingat la mase tu. Terus cuba menghapuskan bukti dan jejak supaya tidak kantoi dan menjadi mangsa panahan petir yang keluar dari mulut warden.
Action yang kitorang buat masa tu penuh dengan berhati-hati. Mula-mula tegangkan cadar katil kasi macam tak berusik. Pastu buka pintu bilik sikit-sikit, capai kasut depan pintu susun dalam rak kasut elok-elok. Pastu tutup kipas siling, tapi lambat benor die nak berenti kami tahan pula guna penyapu bagi die statik..haha. Last skali sembunyi dalam locker dan pengang pintu locker sekuat hati sambil tutup mata.
Seminit pas2 dengar warden menjerit-jerit pada junior bilik-bilik sebelah yang kantoi memonteng prep sambil tido. Tu kes tido mati la tu, warden memetir gitu punye kuat sampai bergegar hostel pun tak sedar. Dup dap dup dap jantung ni bila dengar tapak kaki makin hampir ke depan pintu. Lepas tu dengar bunyi pintu bilik ateq dibukak dengan ganasnya, macam nak meletop jantung mak oiiiiiiii.. Punye la takut sampai sumpah dalam ati tak nak buat lagi dah pasni. Mati la kalo die bukak pintu locker ganas macam tu gak dan diganyang-ganyang kami yang menggigil dalam locker tu.
Berkat berdoa sepenuh hati sambil menggigil dalam locker tu, nasib pun menyebelahi kami cume pintu bilik je warden bukak, lepas tu mybe bila tengok bilik macam tak ade tanda-tanda ada penghuni yang memontengkan diri, terus warden pergi check bilik lain pulak. Maka dengan itu terselamat lah kami hari tu..hehe.. Terkekeh-kekeh lah pulak kami ketawa sambil tutup mulut dalam locker tersebut.
Lepas habis warden check bilik, time prep pun habis, budak-budak pun balik hostel, kitorang pun keluar dari markas persembunyian.. Sempat lagi kami gelak kat budak-budak yang kantoi ponteng sebab tak buat taktik macam kami..haha. Bangga la sangat buat benda jahat cam tu yek..
p/s : Gambar zaman hostel memang gile melambak.. Zaman girang gumbira tak terkata mase tu kan. Tapi tak dapat nak sertakan dalam entri kali ni sebab ketiadaan scanner pada ketika ini, maklum la, dulu-dulu kamera digital mane mampu beli sume gambar guna filem sahaje.. hehe..
5 comments:
cehh tingt la cita2 zmn 80 -an dlu kn..hehehehehe
mcm kenal la tempat ni.. Teknik ke?
haha...dak laki kalau fly prep ni dah jadi rutin dah...
mrsm pontian nih...huhu
pernah ke sana. tunas saintis 2005 :)
Post a Comment