Followers

Tuesday, January 26, 2010

Masih Dengan Negeri Johor

Selamat pagi semua. Sampai - sampai office pagi ni terus buka metro online, baca berita terkini apa yang patut. Lepas tu tak lupa pula buka beatifulnara untuk baca gosip terkini lagi sensasi tentang artis-artis kita sekarang. Baru penuh info semasa di dada sebelum memulakan tugas ye tak?

Haish.. Macam-macam kes. Si Fahrin Ahmad buat sidang media kata nak saman Linda Onn kalau dalam masa 7 hari Linda tak minta maaf secara terbuka pada dia pasal isu statement Linda yang kata Fahrin ni panas baran dan cepat naik tangan. Dari kisah putus cinta sekarang ke kisah saman menyaman pulak. Tak pe la, kita tunggu je la siapa yang betul sapa yang salah nanti. Berani karana benar orang kata kan..

Yang pasti si Aduka Taruna yang biadap terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar itu tetap bersalah! Cett..ade kena mengena ke si Aduka Taruna tu dengan kes Fahrin dan Linda? Owh ade..ade.. Linda dan Fahrin orang Johor, dan kes Aduka Taruna ni pula pasal Sultan Johor..huhu.. Boleh gitu? Boleh la.. Layankan je la..

Lagi satu kes, ada seorang lagi yang biadap bercakap macam orang tak boleh mampu berfikir dengan waras. Sangat kurang ajar kata-kata si shahrul ni dalam facebook dia. Bercakap ikut suka hati, langsung tak tahu hormat orang lain. Kalau Almarhum Sultan pun dia boleh cakap macam tu, apetah lagi orang biasa macam kita ni. Cukup. Aku sangat geram. Tak mahu menunjukkan emosi aku di sini kerana tidak mau nampak bodoh seperti mereka bercakap tanpa berpikir guna otak.


Ape nak jadi, masing-masing nak tunjuk biadab, nak tunjuk berani, nak tunjuk perangai buruk menghina, mengutuk Sultan yang aku kira Baginda tak pernah sekalipun menghina kau wahai Aduka Taruna, Shahrul atau mansia- manusia lain yang bergelar blogger. Kenapa mahu di jolok sarang tabuan?

Sekian.

5 comments:

Mohd Hazwan said...

aku sebagai rakyat johor mmg x puas ati gile...dgn org2 mcm ni....
otak letak kat lutut

zack zukhairi said...

bilamana manusia da takde adab...
otak letak di tapak kaki, hati letak di hujung tumit.

Didi Nadhirah said...

apo nak dikato

ery said...

sabar je la...

ayisy said...

salam. kdg2 org mcm tu kat internet jek berani cakap. cuba suruh dia cakap depan sultan mcm tu? berani ke? huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails