Followers

Thursday, January 21, 2010

Kaitan Hani Tarmizi Dan Facebook

Akhir-akhir ni semua orang duk sibuk cerita pasal Hani Tarmizi. Siapa Hani Tarmizi ni? Artis baru ke dia ni yang orang sibuk-sibuk cerita? Mula-mula tu la yang aku pikir. Tapi lepas meninjau-ninjau ke blog-blog orang baru la tahu cerita sebenar.

Ringkasnya dia menjadi popular secara tiba-tiba sebab kelantangan dia berkata-kata dalam nada menghina dan berunsur kenegerian dalam facebook mendapat tentangan hebat daripada orang ramai lebih-lebih lagi mereka yang berasal dari sarawak. Akhir-akhir ni makin banyak pula kes yang timbul akibat facebook ni kan. Daripada kes pelajar ASWARA yang dihadapkan ke mahkamah sebab komen dia kat Facebook sekarang kes Hani Tarmizi pula.

Apa nak jadi? Buruk sangat ke pengaruh facebook tu kepada masyarakat? Atau masyarat sendiri yang buruk perangai sebenarnya? Adoi jangan la marah, cakap macam tu pun nak marah..huhu. Aku pun ahli masyarakat jugak ok. Semakin hari nampak semakin menular masalah daripada laman sosial yang semakin digilai ramai ni termasuklah yang menulis ni sendiri. Mengular waktu pejabat, dalam kuliah dan ketagih dengan game dalam facebook tu antara masalah yang rata-rata pengguna facebook alami. Sila mengaku okeh.

Berbalik pada kes komen mengomen dalam facebook tu, bagi aku la, pokok pangkal diri kita sendiri yang menggunakan Facebook tu sendiri. Kawal perasaan, jangan terlalu meluahkan semuanya dalam tu. Kena sedar, Facebook tu bukan kita dan kawan-kawan kita saja yang boleh skodeng. Buat sesuatu tu kena berpada la. Kalau kita rasa geram sangat, atau nak bincang isu-isu yang sensitif, bincang la secara tertutup, bukan kat Facebook itu. Tak pasal-pasal bertambah masalah. Siapa yang susah? Kita juga kan..

Harap-harap kes ni dapat beri pengajaran kapada kita semua supaya lebih berhati-hati dalam berkata-kata. Dulu kerana mulut badan binasa, sekarang?? Kerana jari badan binasa... Sekian.

14 comments:

Unknown said...

yup..betul tu..ari ni jerk dah 3 blog ku baca pasal hani neh, 2 ari lepas pon ader gak kat blog2 len... glamer arr c hani neh pas ni

AzilaPalal said...

ada terbaca jugak pasal hani ni kat amazing nara..kalau I sarawakian..pastinya hati I terguris..=)

Unknown said...

bila pakai facebook,senang2 je sesiapa pun nak jadi femes..buat je onar..kau akan femes..percayalahh..haha

Anonymous said...

aku baru je lepas baca satu blog yg nampaknya marah sangat kat hani ni. msti dia syok gle sebab dah jd glamer skrg nih

myQza said...

pernahs ekali imbas dgr psal kes hani ni.. tp x pernah ikut!
dia artis ek? baru tau!

faizalnizam said...

manusia tu yg buruk perangai..

hajarus said...

betul la ada baca kat blog blogger lain pasal hal ni...

rizputra7 said...

kisah hani nie lagi..makin top si hani nie sekarang...ramai blogger2 serawak dok marah..aku rasa si hani dan kawan2 tak patut ler nak marah2 sampai macam tue sekali...

Anonymous said...

plz ignore aje..!

adiwarnatasya said...

Owahhh...

farhana said...

Facebook dn kontroversi mmng xdapat dipisahkan...
erm, btol 2..pokok pangkal mmng berbalik pada user 2 sendiri.
Jgn sng2 nk cari publisiti sampai memakan diri

Farah Husin said...

ape yg hani tu dah buat? teruja nak tau.

Aini said...

farah : google je pasal hani tarmizi tu, comfirm tau lepas tu.

tedi: die bukan artis le..hehe

Didi Nadhirah said...

I dah tak main game kat fb dah malas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails