Tuesday, January 5, 2010
Pencekik Darah Manusia
Alkisah petang tadi seorang anak dara menaiki teksi dari satu bustop menuju ke Sutera Mall Johor Bahru. Perjalanan tidak la jauh mana, buntut pun tak panas lagi kat kerusi teksi tu dah sampai ke destinasi di tuju. Si anak dara tengok meter teksi tertulis RM 3.50 sahaje lalu menghulurkan RM 4 kepada si uncle driver teksi. Dengan niat mahu menghalalkan sahaja baki sebanyak 50 sen, si anak dara terus membuka pintu teksi untuk keluar.
Tiba-tiba si uncle driver teksi berkata, "amoi, tunggu dulu maa..". Si anak dara ingat si uncle driver teksi mahu memulangkan baki 50 sen tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Si driver teksi bahkan meminta tambah lagi seringgit.
Teksi : 5 ringgit maa.. tak ada untung la ini macam".
Anak dara : Ape pulak uncle, tu meter tulis RM3.50 jek. Saya naek pun selalu 4 ringgit je tau paling mahal dari sana.
Teksi : Tak boleh la. Saya ambil 5 ringgit. Kalau u nak ikut meter, u cakap la mase nak naek tadi, saya kasi u naek teksi lain.
Anak dara : Pale otak die.. <---------- Statement yang hanya mampu dikata dalam hati sahaje sambil menghulur RM 1 dengan muka masam mencuka.
Tak baik betul la teksi zaman sekarang. Cekik darah. Berdosa kamu wahai uncle driver teksi JHA 1380!
Labels:
teksi,
teksi meter,
teksi tak ikut meter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
huhuhuhhuu.. perkara ini selalu terjadi juga kpd sy;)
aini g sutera mall dr mana? heheh. cr apa di sutera mall? shopping ekh?? ain jarang g sutera mall. jauh dr bndar.
Shopping sensorang hehe. kite duduk skudai, area taman tun, dekat jek ngan sutera mall 2..hehe
salam..
patut mau cekek pulak dreba teksi tu..hehehehe
teksi kat area ni mmg x reti guna meter...baik xyah letak je meter tu
Post a Comment