Followers

Saturday, January 16, 2010

Buta Mata Jangan Buta Hati

Pernah tak kita yang celik ni bayang kan macam mana hidup kita kalau Allah tarik nikmat penglihatan yang kita ada sekarang? Dapat ke kita survive dalam hidup atau sekadar menadah tangan mengharap belas ihsan dari orang lain untuk meneruskan hidup lantaran nikmat penglihatan yang sudah tiada?

Aku sangat lah tersentuh semalam. Tersentuh tengok seorang buta yang sangat berdikari dengan hanya berteman dengan sebatang tongkat dekat bustop semalam. Bila aku cakap pasal orang buta dan bustop, mesti ramai yang terbayang orang buta tu duduk bersila kat situ, main muzik, jual tisu sambil meminta belas ikhsan orang untuk mencampakkan duit seringgit dua kan?

Silap tu. Orang buta ni tak bersila kat bustop tu. Dia pun tak meminta sedekah di situ. Dia seorang cina, berpakaian kemas kemeja, membawa beg seperti beg laptop dan sebatang tongkat. Gaya seperti orang baru pulang pejabat juga. Dah dua hari aku nampak dia kat sini. Dia tunggu bas.



Kagum tengok dia menggunakan kepekaan pendengaran kerana tidak dapat melihat. Setiap kali ada bas berhenti, dia akan kejar bas tu dengan bantuan tongkat, sampai depan pintu bas, dia akan tanya sesuatu pada driver, mungkin tanya destinasi bus. Setiap kali dia dengar bas berhenti memang dia akan kejar.

Bila nampak macam tu, seorang india yang berdiri dekat dengan dia pun tanya dia nak naik bas ape. Rupanya nak naik bas ke Taman Universiti sama macam india tu jugak. Jadi si perempuan india ni cakap tak payah la kejar bas tu, nanti bas taman u sampai dia akan bagitau. Ni la satu Malaysia, tolong menolong, suka aku tengok =).


Yang buat aku kagum, lelaki tu langsung tak meminta bantuan atau belas ikhsan orang atas kecacatan dia, berusaha sendiri dapatkan bas, macam dah biasa hidup macam tu. Kadang-kadang aku risau juga tengok dia ke depan sampai dah nak ke jalan raya yang mana kereta-kereta tengah laju tak hingat. Takut dia terlajak sangat ke depan. Tapi dia macam boleh mengagak dari pendengaran dia, dan undur semula.

Bila tengok perempuan india tu berbual dengan dia, aku pun rasa macam nak join juga, saja nak meramah mesra sebab tengok dia pun macam peramah je, tapi masa tu juga bas aku sampai. Aiseh..tak sempat pulak.. Terus naik bas. Harap-harap esok dia masih ada, boleh la aku interview..huhu.. Kepoh perempuan ni.. =)

12 comments:

udacun said...

nampak sgt ko xtlg die awal2 td.. mmg x 1 msia la ko ni....

ish3.. suke kepoh bile org len da kepoh..hahahhaa..cube jdkan diri ko yg pertama yg tlg ok...

<--motivate tu diri ko..pdn muke kene bace bebelan aku.haha

Aini said...

mase tu duk jauh nun kat belakang orang ramai.. Tu india yang paling dekat ngan dia tolong dulu =)

AzilaPalal said...

I pun kagum dengan org buta yg boleh berdikari sendiri..siyes!!

Anonymous said...

oic klu gitu cik aini keje area jb mane ek?
*tetibe aje

myQza said...

betullah.. berdikari.. dia mesti seorang buta yg terpelajar!

Suraya I. said...

eheh, siap nk intrview tu..

msti die da bese la kot naek trun bas..deria die smpi da peka and boleh agk2 kalo bas dtg

D'Blaze said...

dia kerja pejabat kot..tu yg hari2 tunggu bas dan pakai smart. kagum dgn dia

F I T said...

macam ni la kehidupan yang kita nak sebenar-benarnya...^_^

nur 'adli azhari said...

beranikan diri! berbual je ngn die!

laGenDA KodOk HijAU said...

hahaha..dah org tu bleh baru nak tergerak..nak ramah mesra..
bukan nak komplen
aku pon kadangkala sama.
bila dah lepas..aku akan cakap hish kenapa aku tak buat yang aku fikirkan ..

Zuwairi said...

yeah.. org buta nih kekadang xnak ditolong sbb dorang sdiri nak belajar berdikari sdiri;)

Unknown said...

Subhanallah>>>keep our mind___positif thinking

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails