Followers

Friday, January 22, 2010

Kisah Tamparan Pertama Dari Aku

Entah kenapa pagi tadi masa tengok my adik bersiap nak ke sekolah, teringat pula kisah masa aku darjah satu dulu. Kisah first time aku tampar budak lelaki. Haha..bunyi macam ganas je kan. Ni kisah budak sekolah ok..

Alkisah.. Si budak ni namanya Azroy.. Cett konon kacak la nama macam tu. Si Roy ni anak manja, anak emak, anak kesanyangan la. Oleh kerana terlebih kasih sayang, dia ni perangai nauzubillah jahat. Suka sangat menggangu ketenteraman orang sekelilingnye terutamanya aku yang terpaksa duduk sebelah dia dalam kelas.

Korang tau, die ni pembuli bukan main, tak padan dengan fizikal dia yang pendek cinonet tu. Yang selalu jadi mangsa aku la. Kelas kitorang masa tu kat tingkat satu blok A. Lepas tu kelas abang dia pulak kat tingkat dua blok B, mengadap blog kelas aku. So dari tingkat atas tu, abang dia memang boleh monitor si Roy ni la. Abang dia pun dua kali lima jahat! Bila si Roy pendek tu tarik rambut aku, cubit-cubit aku, aku tak berani nak balas sebab takut abang dia nampak.

Satu hari, si Roy ni cubit aku sekuat hati die. Gila sakit! Geram gila la masa tu, aku jeling kat kelas abang dia, kosong. Mungkin ada kelas pendidikan jasmani. Aku apa lagi, pang!!!!! Kena sekali penampar aku kat muka si pendek tu. Meraung gila-gila dia.. haaaaa...puas hati aku. Aku tak kaco hidup ko, yang ko suke sangat kacau hidup aku kenape?

Bila dia dah melalak macam tu, cikgu pun panggil ke depan. Cikgu tanya kenapa menangis? Dia tunjuk aku.. mengadu la aku tampar dia. Cett..dasar si pendek, kau buli aku tiap hari tak de aku nak mengadu. So cikgu pun panggil aku ke depan, aku cakap la dia cubit saya dulu cikgu, hari-hari dia buat saya. Then cikgu tak marah aku pun, semua tahu si pendek ni yang jahat. Untuk bagi si pendek ni berenti nangis, cikgu suruh aku mintak maaf, salam ngan dia. Cett.. hujung jari je la aku salam..huh. Gila kanak-kanak betul gaduh cam tu..haha.

Waktu rehat, tiap-tiap hari mak dia datang, anak kesayangan kata kan. So lepas kena tampar tu, mak dia pun cari aku waktu rehat. Cuak jugak, cam nak nangis..huhu. Tapi selamba je la. Dah anak dia jahat, aku kasi la penampar sekali. Roy dengan mak dia memang tak berapa di senangi kat sekolah. Sejak tu, dia tak berani dah buli aku.

Masa darjah empat, aku sekali lagi sekelas dengan dia. Setiap kali subjek sains, cikgu sains tak kasi dia duduk dalam makmal, suruh dia duduk luar. Sebab ape? sebab dia kurang ajar dengan cikgu, dia ni memang spesis tak takut cikgu langsung. Pasal dia tau, mak dia sentiasa ada backup dia. Cikgu pun dah naik muak nak marah atau denda dia, meluat. So sebab dia pun nampak tak berminat nak belajar, cikgu suruh je dia berdiri kat luar, tak sakit mata cikgu kan. Dia pun nampak happy je berdiri kat luar.. huh.

Sekarang tak tahu ape jadi dengan budak Roy ni. Jahat lagi ke? Pendek lagi ke? Ke dah tinggi kacak bergaya sesuai dengan nama Azroynya itu? Haha..itu aku tak tahu. Semoga dia jadi manusia yang berguna dan berjaya dan tak jahat macam dulu. =)

p/s : Sekali aku teringat daaa..


15 comments:

Wafiq Legacy said...

hahaa..bgus2...suke!!

Asfan Ash said...

huahahhahha dlu2 aku rajen kaco sorg awek nih..tapi pijak2 kasot je ar..kasot lak stok baru pas kapur hahahha

last2 aku kene piat ngan mak die

tp, aku sgt hormat cekgu, maka muliala sket dr Azroy tu gwahahha

Cerita tahun lepas

farhana said...

hahaha..
mak dtg time rehat..
da mcm cite papadom lak :P

Ibu Ammar said...

haha, best tu tampar org...

aku cuma pernah dapat penampar jek..huuu

Ieqa Swetluv said...

ika pon pena tampar org.. sebab budak tu suke ika..tapi ika x suke dia.. pastu dia over sgt kat ika then PANG... sebijik kena.. haha zaman kanak2 dulu jahat kan kite ngee

Ieqa Swetluv said...

ika pon pena tampar org.. sebab budak tu suke ika..tapi ika x suke dia.. pastu dia over sgt kat ika then PANG... sebijik kena.. haha zaman kanak2 dulu jahat kan kite ngee

hajarus said...

hahaha.. padan muker dierkan.. nakal sangat...

Aini said...

puas hati sesangat tau dapat tampar dak roy tu..hehe

Didi Nadhirah said...

I kena tampar ngan cikgu pasal tak wat kerja sekolah wahahahhaha

Aini said...

seronok tak didi ditampar? kehkehkeh.. =)

Unknown said...

Haha.. saya pernah tampar kawan saya sampai berdarah hidung dia.. huh.. ganas gak kan. :P

Suraya I. said...

kalo nk lg best tmpar kiri kanan. ambik kau biar merah pipi kiri kanan XD

..nOj.. said...

ganas gile ek. agak2 kalau jumpe si roy tu skang camne ek. mane tau skang dh lemah lembut ke. heheheh x try carik ke?

Aini said...

haha..tak kuase nak cari dia lagi..huhu

Aini said...

haha..tak kuase nak cari dia lagi..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails