Followers

Sunday, January 3, 2010

Mamai..

Korana tau ape itu mamai? Mamai ni macam dalam keadaan separuh sedar. Bukan separuh sedar kerana pengaruh dadah okeh tapi kerana perasaan mengantok selalunya. Keadaan mamai ni boleh mengundang bahaya, malang serta kecelakaan ye kawan-kawan. Antara peristiwa atau kecelakaan aku akibat mamai yang agak sadis adalah..

1. Merendam berukband ke dalam mug berisi air. Alkisahnye, selepas berhempas pulas menyiapkan assignment sampai pukul 4 pagi, mata pun mula mengantok yang amat. So selepas kemas-kemas meja, laptop dan buku sume, landing la aku ke atas katil. Bajet dah betul simpan broadband dalam mug yang berisi alat tulis tu tapi silap plak terletak kat mug yang satu lagi berisi air suam. Lagi haru, esok nye baru sedar! Akibatnye, 4 hari tak guna broadbnd, kasi jemur tepi tingkap..huhu. Nasib baik boleh guna lagi sampai ke hari ni..huhu



2. Mengosok gigi dengan ubat gigi berperisa sabun pencuci muka
. Iyea.. dua kali sudah berlaku dalam hidupku. Sape suroh cipta bekas pencuci muka Safi Balkis tu serupa bekas colgate? Haha.. ini lah akibat mengosok gigi dengan mata terpejam..huhu. Sedap tak? Nak tau try la sendirik..


Moral of the story, segar-segarkan hari mu, jangan diikut perasaan malas mahu membuka mata itu.. =)

1 comment:

Anonymous said...

kamu seorng yg mamai ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails